Wednesday 11 December 2013

Keliru Sekali Lagi.

Assalamua'laikum semua. Lama dah aku tak update blog aku kali nie.
Mungkin sebab aku buzy sejak akhir2 nie.Entri kali nie adalah mengenai mimpi aku. 
Yang aku sendiri tak tahu sama ada itu realiti ataupun hanyalah mimpi. Hmmm....yang penting time tue aku bangun, aku rasa kepala aku pening sangat. 
Rasa macam aku dah pengsan kat tempat kejadian dan aku sedar kat sini. Nau'zubillahminzalik.
Apa yang aku mimpi? Mesti korang semua nak tahu kan? 
Aku mimpi dalam perjalanan aku balik dari kolej, aku drive kereta unser tak silap aku. Tiba-tiba kepala aku rasa sakit yang amat. Hari pulak dalam keadaan renyai-renyai. Dan waktu tue baru aku sedar yang aku nie langsung tak boleh kena hujan sebenarnya. Tapi aku terpaksa redah jugak untuk ke kereta time tue. Dahlah aku parking jauh la jugak. Then, time aku dah U-turn, kiranya dari arah Permyjaya sana nak ke rumah. Kepala aku dah berdenyut-denyut. Tapi kali nie denyut lain sangat. Sampai buat mata aku berpinar-pinar. Sekejap hijau, sekejap kelam, sekejap aku nampak jalan. Padahal time tue petang tak ada la gelap sangat. Dah nama pun hujan renyai-renyai. Aku ingat nak berhenti sekejap dekat stesen minyak Shell, tapi kepala aku makin menyengat. Dunia nie aku nampa berpusing sangat. Aku tak tahu mana yang betul dah. Siap ada kereta yang membunyikan hon. Aku mengelak dan aku tak tahu sama ada mata aku yang berpusing ataupun kereta tue dah memang berpusing. Aku hanya memejamkan mata. Dalam hati berdoa agar semuanya selamat. Aku dapat rasakan badan aku sakit. Aku buka mata dan aku lihat orang ramai ingin menolong aku. Dan aku dalam keadaan terbalik. Aku menangis. Buakan sebab aku sakit. Tapi aku takut aku kena marah oleh Mr.Ayahumi sebab buat kereta unser nie excident teruk. Bila aku kena tarik keluar dari kereta, keadaan aku amat lemah. Aku mahu pitam. Tapi aku dapat rasakan pipi aku ditampar oleh seorang makcik untuk mengelak aku pengsan. Dalam keadaan itulah aku lihat betapa teruknya kereta unser tue remuk. Bayangkan dalam keadaan terbalik. Remuk depan. Kaca bertaburan merata-rata. Kepala aku makin sakit. Lama-lama aku makin tak sedarkan diri. Tiba-tiba aku dapat rasakan ada seseorang berbisik kepada aku,"bangunlah, kuatkan hati, buka mata. Jangan lemah. Bangun, kau kena bangun sekarang!" Lalu aku buka mata. Rupanya hanyalah mimpi semata-mata. Tapi kenapa kepala aku rasa sakit sangat? Badan aku rasa sakit macam kena hempap?
Bila aku sedar, yang pertama aku doa adalah biarlah ini hanya mimpi. Kerana sejak kebelakangan nie, kejadian deja vu selalu berlaku dalam hidup aku. Yang mana, aku rasa dah pernah melaluinya dan aku melaluinya sekali lagi.
Apa yang aku mimpi tadi, aku berharap agar tidak menjadi kenyataan. Tapi siapa aku nak tentukan masa depan aku sendiri. Kuatkan semangat, banyakkan solat, dan buatlah amal ibadah banyak2. Mana tahu ajal aku hanya sampai situ. Wallahu'alam.
Mungkin ini jugak petanda kot. Aku pun tak tahu. Dan bila masa tue berlaku. Kepada siapa2 yang aku dah banyak buat salah, aku minta maaf banyak2. Mr.Ayahumi, aku sebagai anak ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun di atas segala apa yang aku lakukan sepanjang aku hidup. Halalkan susu yang anakmu ini minum. Kepada kawan2 aku sepanjang pengenalan kita, mungkin ada yang sudah melupakan aku, aku minta maaf sangat2 walaupun tak sempat jumpa korang untuk minta maaf secara berdepan. Aku berharap sangat siapa yang terbaca blog aku nie. Sedekahkanlah Al-Fatihah ataupun Surah Yassin untuk aku. Mudah-mudahan aku dapat aman disana. Amin...
Mati tidak mengira umur dan masa. Sama ada kita bersedia ataupun tidak. Allah boleh menarik nyawa kita bila-bila masa je. Mungkin penyakit itu hanyalah salah satu sebab untuk menguatkan iman kita. Menaruh harapan dengan Tuhan. Dan kita boleh dekatkan diri kita dengan Tuhan. 
Mungkin ini juga petanda untuk aku benar-benar mengubah diri aku. Sampai bila lagi. Berubahlah secara perlahan2. Biarkan orang tak tahu tapi niat aku buat itu adalah untuk keredhaanNya. Bukan untuk dinilai oleh manusia. 
Jikalau umur aku panjang, aku akan update lagi blog aku nie yerk...
Hablumminallah habluminannas. Syukran.
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT