Friday 23 August 2013

Untuk apa buat semuanya??

Penyakit aku yang suka termenung datang kembali.
Bukan apa,kadang2 sampai aku sendiri tak tau apa yang aku boleh fikir sampai aku tak sedar keadaan sekeliling. Parah dah nie...
Bila tengok kehidupan orang lain cam perfect,tapi kenapa aku tak?
Kenapa family diaorang macam tue tapi family aku tak?
Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku?
Apa sebenarnya achievement aku?? Betul ke tak aku nak bukak business?
Buat apa semuanya tue? Penting ke benda tue pada masa akan datang?
Kalau aku buat tue akan jadi benda yang melalaikan tak?
Kalau aku buat cukup tak masa aku nanti nak bahagikan antara dengan Tuhan dan manusia?
Dunia sekarang dah terlampau tua, banyak tanda-tanda kiamat kecil berlaku.
Sempatkah untuk aku  buat semua tue?
Kalau ikutkan hati aku banyak sangat benda yang aku nak buat tapi bila mengenangkan ayat "Adakah aku akan hidup lebih lama? Adakah aku mempunyai masa yang cukup untuk mengatur semuanya? Adakah aku akan melakukan sebaiknya di antara hablumminallah dengan hablumminas?
Dan lebih jelas lagi aku nie boleh dikatakan takut sebenarnya.
Takut sebab apa? Takut sebab aku akan berubah menjadi orang yang baik ataupun jahat.
Sebab bukan senang kalau kita dah bukak business nie. Tekanan kerja yang maha berat.
Nak cari orang untuk membantu dengan ikhlas bukan senang nak cari. Tapi kalau Tuhan sentiasa bersama kita insyaAllah. Allah sentiasa menolong hambaNya yang lemah. Berdoalah kepadaNya.
Itulah yang mdm.umi dan mr.ayah ajar. Aku sendiri tak pasti adakah aku lakukan dengan betul ataupun tak.
Sudahlah aku menjadi seorang anak yang taat? Sakit sebenarnya tanggungjawab menjadi seorang anak. 
Teringat masa kecil2 dulu. Bestnya kalau hidup tak pernah membesar.
Then bila dah besar, macam2 kita tahu dan banyak yang kita kena belajar. 
Tak semestinya dengan buku malah dengan pengalaman pun dapat.
Hanya dengan melihat keadaan sekeliling pun sudah cukup.
Bayangkan anda sedang duduk ditempat yang sangat buzy, dan perhatikan tingkah laku manusia yang ada didepan mata anda. Mesti banyak yang anda fikir kan? Dan secara tak langsung kita akan tahu macam mana situasi, perangai, ragam dan sebagainya. Hanya dari anda melihat sahaja.
Dan berkenaan dengan cita2 aku, aku tetapkan akan laksanakan walaupun aku tahu agak payah. 
Atleast aku dapat tengok mdm.umi tersenyum gembira. Itupun sudah cukup.
Semuanya terletak kat tangan Tuhan. Kun fa ya kun. 
Sedihnya aku...aku takut nak mencuba rupanya.
Sebab takut hasilnya nanti akan menyebabkan mdm.umi akan lebih mengalirkan airmata. 
Sungguh aku tak sanggup. Cukuplah segala kesakitan yang mdm.umi dah lalui. Bukan sedikit tapi terlampau banyak. Dan yang part yang banyak bila saat mdm.umi melangkah ke dalam kehidupan mr.ayah. 
Aku sangatlah tabik dengan mdm.umi. Sangat kuat orangnya. Memang betul tiada siapa yang dapat gantikan tempat ibu. Bila takde mdm.umi aku sendiri akan kucar-kacir. Terima kasih Tuhan sebab anugerahkan aku seorang ummi yang sangat tabah, kuat, sabar dan sanggup melakukan apa sahaja demi anak2nya.
Okey, setakat nie je cerita aku...
Who knows it will be.... (^_^)

Wednesday 21 August 2013

Buzy time start!!!

Kehidupan aku sebagai pekerja dan pelajar pun bermula kembali.
Selepas cuti sebulan time puasa hari tue, rasa macam malas nak masuk class but what can I do?
I want to be success and be something that I can do for mdm.umi. Yeah, really i mean it..
Dan tinggal lebih dua minggu lagi aku nak berhenti dari sini lepas kena postponed hari tue. (siapa yg follow aku punya blog akan tahu.)
Then subject untuk last sem 2013 nie ada 5. Kiranya tahun nie aku ambik 11 subject. Fuhh!! Banyak tue..
First sem hari tue Fundamental Of Financial, Organization Behavior, Marketing, Pengajian Malaysia and Quantitative Method. Second sem Basic Accounting by Miss Kelly Soh. Everything bout finance. And last sem Principles Of Economics and Business Law by Mr.Joseph Tarawe, Business Principles by Mr.John Sammy, Business English by Mr.Tim from England and last is Costing 1 again by Miss Kelly Soh.
Actually include this sem, I already had 13 subject. All of DBS subject is 27, ehh...I think 26 not include Pendidikan Moral. hehehehehehe....
Okey I will tell you detail about my sem..
First sem when I come in. 
May 2012 - Computer Concept by Monica Sebastian
Sept 2012 - Operation Management by Joseph Tarawe & eCommerce by Monica Sebastian
Jan 2013 - Fundamental Of Financial by Miss Pheobe, Organization Behavior Mr John Sammy, Marketing and Pengajian Malaysia by Miss Pheobe again and last is Quantitative Method by Mr.Paul.
May 2013 - Basic Accounting by Miss Kelly Soh
Aug 2013 - Business Priciples and Business Laws by Mr.Joseph Tarawe, Business Principles by Mr.John Sammy, Business English by Mr.Tim and Costing 1 by Miss Kelly again.
That my subject after all. And 16 subject left. Still so much subject waiting for me.
Chaiyok, fighting for myself....(^_^)
But if I didn't take seriously, I think my sister will finish first after me. Mungkin next year aku baru dapat attend aku punya konvo sendiri. 
Dahlah aku 2014 nak ke Korea, tue pun kalau budget semua ada. Aku nak bawak mdm.umi ke Jepun ataupun Korea ke nak tengok fall. Sebab mdm.umi suka tengok bunga luruh. Sedih sangat.
InsyaAllah aku akan buatkan benda tue tercapai. Mungkin bukan dalam masa terdekat tapi akan datang.
Menggembirakan hati orang tua kan satu pahala yang sangat besar. Aku tahu antara adik beradik yang lain aku paling suka menyusahkan mdm.umi kot. Cukup2lah dengan kenangan lama yerk...
Who's knows..
It's up to Him..(^_^)
                    

Wednesday 14 August 2013

After Raya.

First masuk kerja lepas raya. Hmmm...masih lagi dalam mood raya.
Still tak tahu apa lagi nak dibuat. Kerja memang banyak tapi nak buat yang mana dulu?
Hmmm...last2 jadi lagi pekasam. Kita peram dulu baru buat. Hehehehehe...
Time lunch tadi aku sempat ke kolej. Ingatkan nak beli buku untuk subject Costing 1 tapi bila pergi pihak kolej cakap dah habis stock. What???
So, esok aku ada class tue then macam mana aku nak jawap dengan Miss Kelly? 
"First week ma? It's okay laa..." like that huh??
Satu benda yang aku heran dengan pihak pengurusan kolej nie. Makin lama makin maju tapi tang tue jugaklah makin lembab buat kerja. Dahlah nak note kena print sendiri. Bila gi portal www.fic.edu.my tue siap login then yang keluar cuma last sem punya subject. What???
Then what do you think I'm gonna do?? Sampai bila nak tunggu??
Harap je bayar mahal tapi apapun tarak. Haish... =,=
Haiya..Mr. Peter please don't make us difficult. Your student want to study maa not playing.
Aku dah buat complain kat Facebook. So, harap2 diaorang ambik tindakan yang sepatutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengenai raya plak. Hmmm.....
Sedih sangat. Aku rasa kitaorang satu family takde salam2 tahun nie tak macam tahun sebelumnya. 
Kenapa?? Semua macam kelam kabut je. Dahlah dengan nak pindah rumah lagi, nak masak untuk raya lagi, nak kemas rumah lagi. Macam2..
Yang mr.ayah plak macam tak faham je yang kami miss anak2 dia memang buzy. Nie sempat lagi nak buat muka selamba. 
Yang paling aku sedih adalah Mdm.Umi. Sedih sangat. Sebelum mr.ayah pergi, sempat lagi mdm.umi menangis. Waeo??
Ayat2 yang keluar adalah yang biasa. Tension dengan anak2. Makin membesar makin tak faham kerja. Memang betullah. Bila dah ramai berkumpul kenapa makin tak faham nak buat kerja? Mungkin dalam fikiran masing2, "takpe, nanti ada orang yang buatkan, biarkan je, nantilah." Macam dah lumrah je..
Sedih sangat...bila dah berjauhan bukan main happy go lucky je, tapi bila dah bersama jeling2 je kerja...
Pelik kan? Tapi itulah ragam keluarga aku. 
Mungkin faktor tension dengan mr.ayah yang menyebabkan kitaorang jadi macam tue. Sengaja nak tunjuk perangai sebab kitaorang nak mr.ayah tahu yang kitaorang dah besar. 
Maybe yes maybe not, who knows..
Will continue later, See yaa.... (^_^)




Tuesday 6 August 2013

Hari terakhir Ramadhan....

Mungkinkah ini bakal menjadi Ramadhan terakhir aku?
Who knows??
Buat pertama kalinya aku berjaya mengagahkan diri aku untuk menunaikan terawih sepanjang Ramadhan nie. Alhamdulillah. Syukur.
Hati aku rasa macam sayu je. Tak tahu kenapa.
It's kind of blank. Nak sambut raya, takde semangat. Rasa macam tak nak tinggalkan Ramadhan nie.
Entah ada lagi ke Ramadhan untuk aku selepas nie. 
Seperti yang aku dah jangka, bos aku minta aku postponed my resignation.Hmmmm...
Jadi aku akan berhenti dengan secara terhormatnya pada 09.09.2013. (Ingat yerk...)
Tue pun aku sendiri tak tahu jadi ke tak. Sebab ada suara2 yang membangkang aku melakukan hal yang sedemikian. (Dah hantar surat resign baru all of them berubah menjadi baik. Hmmm...)
Untuk raya nie, company aku bagi cuti seminggu. Alhamdulillah. 
Dahlah bos siap bagi bonus lagi. Tak pernah dibuat pada tahun sebelumnya.
Mungkin Tuhan dah buka hati dia untuk menghargai pekerjanya. And maybe sebab aku nak berhenti.
Then dia tak jumpa lagi pengganti aku. Hmmm, kan aku dah agak.
Memang susah untuk jumpa pengganti aku. Dengan bebanan kerja yang tak pernah nak surut.
Dengan karenah customer yang sentiasa cerewet dan banyak songeh.
Rupanya bukan bos seorang je yang pening kepala cari pengganti aku rupanya ada jugak yang tak mahu aku berhenti. Orang kuat Muzana iaitu Pak Cik Khalid. Hehehehe...
Yelaa,,mana nak cari orang yang boleh buat kerja eperolehan macam aku buat. Benda susah tue sampai nak kena gi kursus.
Aku pun jadi pelik sebab aku belajar dengan siapa pasal benda alah tue? Hmmm.....think about it.
Learn by myself. Everything since I stepped my foot here. Yeah, everything.
Slowy without anybody teach me. How come I got better than them. Maybe because I learn from mistake too. Thank for my experience. 
And for my boss, thank for all of your kindness. I will appreciate that.
Dan yang seronoknya kali nie, family aku full house. 
Dan almaklum jelaa kalau bertembung, macam2 jelaa jawapnya. 
Bermacam-macam cerita je bertembung. Dari Perlis ke Ampang, dari Ampang ke Mantin, dari Mantin ke Kuching then ke Miri. Kecoh satu rumah. Tiap malam raya memang konfem tak tidur.
Begitulah karenah anak2 mrayah. Tak lama lagi rumah tue pun sunyi balik sebab semua akan berterbangan. Haish,,tak sempat nak lepak lama2 dengan diaorang.
Dan sekian ini sahaja yang aku nak paparkan dalam blog aku untuk tatapan semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2 and to my boss and family.

                                                  

MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT