Saturday 28 September 2013

Mari Belajar Bahasa Sarawak Part 2.

Hai semua....
Kepada pengunjung2 yang nak datang ke Sarawak, mungkin tips nie akan membantu anda yea.
Mungkin aku dah upgrade kan ayat, memandangkan nie dah part 2. Harap korang sume paham la yea....^^
Selamat mencuba dan jom join mek orang...

*Suasana tepi jalan.
Sinei kamek mok carik tempat tok koh?
Mana saya nak cari tempat nie?

Boleh sik kitak nolong kamek nunjok jeraya nya kah?
Boleh tak awak tolong saya tunjukkan jalannya?

Ku/Kamek sik penah pegi rah sitok. Sa nya tok baruk pertama kali kamek singgah sitok.
Aku/Saya tak pernah pergi sini lagi. Rasanya nie baru pertama kali saya singgah ke sini.

Makseh keh,kerna udah banyak nolong. Cuba mun sekda kitak tek, ntah sampe ndak ka kamek ke sitok.
Terima kasih ye, sebab dah banyak tolong. Cuba kalau awak/kamu tak ada, entah sampai ke tidak saya ke sini.

Kitak pande kelaka sarawak duhal. Kamek ingat kitak sik reti tek.
Kamu pandai cakap Sarawak rupanya. Saya ingat kamu tak pandai.

Ku rasa bagus ko nait bas jak dari ko numpang nya. Sik ka ko dah nyusahkan nya klak?
Aku/Saya rasa bagus ko/awak naik bas je dari ko/awak tumpang dia. Tak ke ko/awak dah menyusahkan dia nanti?

*Suasana dalam masalah. 
Aie, gine tok. Camne ku mok polah tok? Kawu/ko tauk sik camne mok carik jawapannya tek?
Hish, macam mana nie. Macam mana aku/saya nak buat nie? Ko/Awak tahu tak macam mana nak cari jawapan nie?

Sik susah sebenanya. Kawu/ko jak nok sik pande.
Tak susah sebenarnya. Ko/Awak je yang tak pandai.

Bah, kedak ya duhal cara molah nya. Tapi mun tangga kitak polah kedak senang alu jak upa.
Owh, macam tu rupanya cara nak buat dia. Tapi bila tengok awak/ko buat macam senang je.

Ko/Kitak mok blaja sik? Mun mok padah maok. Tok sik nang banyak alu cakap.
Ko/Awak nak belajar tak? Kalau nak cakap nak. Nie tak, banyak cakap je.

Kenak ku rasa lain tok? Sesat udah ku tok? Aie, gine tok?
Kenapa aku/saya rasa lain nie? Aku/Saya dah sesat ke nie? Hish,macam mana nie?

Aie, ne ada. Ko jak nok sa lain. Nang bena la tok jeraya nya. 
Hish, mana ada. Ko/Awak je yang rasa lain. Memang betul la nie jalannya.

Bukan bena ka jeraya kita duak tek? Kenak pande salah indah? Udahlah jaoh mun mok patah balit.
Bukan betul ke jalan kita tadi? Kenapa pandai salah pulak? Dahlah jauh kalau nak patah balik.

*Perkataan 'indah' tue jangan disalahertikan. 'Indah' dalam bahasa Sarawak tue boleh jadi perkataan 'pulak'. Lebih kepada 'macam tue pulak'. Contohnya:-

Kenak pande kedak ya indah?
Kenapa pandai macam tue pulak?

Pahal kitak padah kedak ya indah?
Kenapa ko/awak cakap macam tue pulak?

Angol palak ku/kamek tok eh.
Pening kepala aku/saya nie.

Eh, ko boleh nolong ku sik? Mun ku sekda hal tek, boleh juak ku polah tapi tok nang bena-bena series ku kenak pegi.
Eh,ko/awak boleh tolong aku/saya tak? Kalau aku/saya tak ada hal, mungkin aku/saya boleh buat tapi nie memang betul-betul aku/saya kena pegi.

*Suasana dalam rumah.
Kawu/Ko/Kitak reti masak sik? Klak kamek/ku cerik jak. Ku/Kamek sekda mood maok masak tok.
Ko/Awak pandai masak tak? Nanti saya/Aku rasa je. Aku/Saya tak ada mood nak masak nie.

Nang takorang(ringkasan kepada 'kitakorang') tok nang sik pande berkemas ka? Udahlah sik pande mok nolong, polah gik uras sia sinei.
Korang nie, memang tak pandai nak kemas ke? Dahlah tak pandai nak tolong, buat sampah sana sini.

Pa ku mok polah gik tok? Suma benda udah ku polah. Hmmmm....Bagus ku masak jak. Ada juak pake makan klak. Nangga lok ada sik barang pake masak?
Apa yang aku nak buat lagi nie? Semua benda dah aku buat. Hmmm....Bagus aku masak je. Ada jugak untuk makan nanti. Tengok dulu ada tak bahan untuk masak?

*Istilah 'pake' pulak ada dua maksud. Maksud yang pertama adalah 'pakai'dan maksud yang kedua boleh digunakan untuk 'untuk'. Lebih kepada aktiviti macam nak masak, makan dan kerja yang lain.Contohnya:-

Apa dipake ko/kitak ya? Tadik udah kacak baju ya pahal dituka la?
Apa yang awak/ko pakai tue? Bukan tadi dah cantik ke baju tue kenapa tukar laa?

Mun ko/kitak mok masak pake pa? Sapa jak yang datang makan klak?
Kalau ko/awak nak masaka untuk apa? Siapa je yang nak datang makan nanti?

*Suasana dalam pejabat.
Eh, lupak ku mok padah ngan ko tek. Ada orang carik ko tek tapi ku sik sempat nanyak nya.
Eh, lupa aku nak cakap dengan kau tadi. Ada orang cari kau tadi tapi aku tak sempat tanya siapa dia.

Udah ku polah tek, kesenei jak nya ilang? Ada orang kaco barang aku kah?
Sudah aku/saya buat tadi, kemana je barang tue hilang? Ada orang kacau barang aku ke?

Bahasa Sarawak sangat berbeza dengan bahasa Sabah. Tolong jangan salah faham yea. Rata2 aku tengok ramai orang hanya dapat cakap bahasa Sabah je sebab banyak 'bah' belakang. Dalam bahasa Sarawak pun ada istilah 'bah' tapi tak semua ayat kena ada 'bah'. Contohnya:-

Bah, juh kit. (Ini adalah ayat bila geram orang yang selalu terhegeh-hegeh dalam sesuatu urusan)
Jom. laju sikit.

Iboh kedak ya bah. (Ini adalah ayat bila kita nak pujuk orang dengan cara lembut)
Jangan macam tue.

(Ini adalah ayat makan hati ataupun merajuk.)
Bah, mun ko dah padah kedak ya, mok polah camne gik? 
Okeylah, kalau ko/kamu dah cakap macam tu, nak buat macam mana lagi?

Kenak? Nya sik datang ka? Bah, mun kedak ya biarlahnya. Kita pegi jak.(Ini adalah ayat orang tengah tahan marah sebab orang yang ditunggu tak datang.)
Kenapa? Dia tak datang ke? Okeylah, kalau macam tue biarlah. Kita pergi je.

* Istilah 'nya' adalah 'dia' orang ketiga. Biasanya digunakan dalam perbualan. Macam perbualan dalam telefon. Tak banyak beza kan?

* Kalau orang Sarawak panggil orang yang tak pernah kita kenal dengan panggilan 'deng'. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menegur kamu dengan cara sopan. Mungkin sebab orang yang menegur kamu tak tahu apa status kamu. Lebih banyak digunakan untuk perempuan. Jangan salah anggap pulak yek^^. Contohnya:-

Deng, brapa harga barang tok?
Cik/Puan, berapa harga barang nie?

*Istilah 'kacak' pulak adalah untuk sesuatu barang yang cantik ataupun bagi orang Sarawak boleh diguna pakai untuk metafsirkan perangai seseorang. Tak kira perempun atau lelaki. Nie lagi satu. Jangan salah faham.

Perbezaan antara bahasa Sarawak dengan bahasa Melayu tak banyak. Dan seperti yang anda dah baca. Kebanyakkan ayat pun lebih kurang je. Tapi itulah, ada sesetengahnya ada perbezaannya ada setengah tak. 
Okey, takat sini je aku rasa aku dapat tolong korang sume yerk. Anyway, sorry ya because I'm not provide in English.

No Title

Entah...kali nie aku tak pasti aku punya entri apa. Blur yang tersangat blur.
Aiyak...yang penting tadi sempat jugak gi class ganti untuk Costing 1.
Syukur alhamdulillah...sekarang nie aku lagi nak habiskan last assignment yang aku kena submit hari isnin depan. Principle of Economic by Mr Joseph Terawe.
Sedar tak sedar nak dekat hujung tahun da..apa yang aku buat untuk tahun nie?
Buat keputusan mendadak iaitu berhenti kerja dengan tiba-tiba. Hahahahaha...
Sebenarnya perancangan tue tak termasuk dalam list yang aku nak buat untuk tahun nie tapi tue lah..
Kita hanya mampu merancang. Aku pun pelik. Kenapa aku nak berhenti beria dari situ?
Entah...
Dan dalam aku buat keputusan nak sambung kolej jadi student full time pun entah ke mana. Sebabnya subjek yang aku nak ambik pun tinggal berapa lagi. Tak banyak. All in all still next year gak aku grade.
Hmmmm...entahlah...
Yea, aku rasa inilah kali pertama yang blur apa yang aku nak buat untuk hidup aku pada masa yang akan datang. Adik2 aku semua dengan cita-cita masing2. Dan aku? Aku nak jadi apa? Okey, aku nak jadi businesswoman. Fuyooo....that's not easy yo...
Yeah, i know it.
Hmmmm... entahlah....
Aku nak bukak restoran dari usaha aku sendiri. Boleh kan? Mrs.Ayahumi, tengoklah anakmu ini. 
Macam nak tak nak je buat impian.
Yea, aku tahu. Bukan untuk aku je tapi untuk semua. For my dearest family.
Tapi kenapa aku? Macam mana yang lain? Kenapa aku kena fikirkan pasal diaorang jugak dalam hal nie?
Entahlah....I hate this feeling. hmmmm....
What i'm doing actually? Hmmm...don't know...
Wake me up when September end maybe. Hahahahahahaha.....
Actually not involved. This is about my mission and vision not my fairy tale story.
Aku nak kerja semula tapi keadaan pembelajaran aku macam tak mengizinkan pulak.
Hmmmm...dear my college, please be good to me....
Hehehehehehe.....Untuk November nie tiba-tiba ada class Pengajian Islam yang semua Muslim student kena ikut. Thanks for inform me early. Sebab semangat aku nak kerja terus merudum. Thanks ya...^^
I'm only can stick with my part timer job. 
See...sedar tak sedar dah pukul 9.30 malam padahal tadi bukan main pukul 7.40 cenggitu.
Haiyak...memang takkan sedar jam kalau duduk depan lappy nie...
Lagi satu, bila aku takde letak title cam banyak lah pulak idea nak meluahkan semua rasa dalam hati. Tapi cuba aku letak title, konfem idea yang menggila tue pandai nak stop. Pelik bin ajaib betul lah!
Mungkin tue lah ada ayat cakap "do not put your limit in something, because maybe can cause you stoping on something". Betul ke tidak aku pun tahu. Hmmmmm.....
Keboringan yang melanda tahap gaban nih...
Okeylah... takat nie jelah aku dapat share kat korang semua dear my stalker.
(cam perasanlah pulak yang aku nih ada stalker..^^)
What will happen in next future, who know?
Bubye^^

Friday 27 September 2013

Kenangan Mengusik Jiwa

Entri kali nie macam lawak laa pulak..
Cam upin ipin punya cerita..hahahahahahahahaha.....
Tapi pepahal pun aku memang nak citer kat korang pe pasal kenangan mengusik jiwa aku nie...
Hmmmm....panjang citernya...aku pun tak tahu sama ada aku nak story kat public or keep it secret...
Aishh....Mrs.Ayahumi pegi Bintulu petang tadi. Katanya nak tukar dak sparepart untuk Mr.Unser tue.
Just wait and see....pe yang pelik dengan Mr.Unser tue nanti.. Hmmmmm....
Berkenaan dengan entri pulak, aku tak sabar nak tunggu diaorang sume balik..
Hehehehhe....bukan apa, time raya ari tue tak sempat menyempat nak jejalan seluruh Miri.
Udahle keadaan yang sangat kelam kabut. Ditambah lagi dengan suasana yang tak berapa nak syahdu tue.
Makin menggeramkan jiwa sungguh!
Teringat time dolu2, bila berkumpul balik rumah, baju tak sempat nak susun dalam almari, dah kena pergi.
Mungkin tue lah namanya berkorban time nak belajar yek.
Balik pun tak sampai sebulan then apa yang berlaku dengan family pun tak sempat nak ambil tahu.
Haiyak,,,memang macam anak derhaka. To Mrs.Ayahumi, I'm so sorry..
Then, bila ditanya kenapa aku lain dari yang lain sebelum nie, mungkin aku nak balas balik apa yang tak pernah nak buat dengan family aku time aku tak ada. Hmmm...that might be the correct answer.
Siapa tahu? Ajal maut kat tangan Tuhan.
Okeylah, jam sekarang nie dah pukul 2.36 pagi.
Better gua blah sebelum tak bangun Subuh esok. Huahuahuahua.....
My last word, who will know what happens in next, right?
So, pray hard and try to make somethings. At least you try than never...
Bubye (^_^)

Sunday 22 September 2013

Happy Befday ^^

Entri kali nie mengenai befday Mrs.Umi...
Happy Befday Ummi..Semoga panjang umur. Dapat tengok kami semua 'membesar' dengan jayanya.
Kalau bukan dengan didikan Mrs.Ayahumi kamiorang takkan jadi macam nie.
Terima kasih sangat2 sebab sanggup jadi Mrs.Umi kepada kami.
Kalau tanya dengan para ibu2 yang lain, sanggup tak jaga anak2 yang ramai macam kami?
Konfem diaorang akan cakap tak sanggup. Sebab, setahun sorang lagi2 husband keja offshow..
Pelik kan? Macam mana Mrs.Umi boleh survive? Sebab kecekalan, keteguhan dan tahap keimanan yang sangat kuat kat Tuhan. 
Dan esok jugak Mr.Ayah balik. Konfem memang flight malam. Then orang yang selalu ambil adalah aku.
Huhuhuhuhu... aku tengok sejauh mana Mr.Ayah buat sempena befday Mrs.Umi?
Hmmmm...makan malam yang romantik? InsyaAllah..
Dear Mr.Ayah, tolonglah hargai Mrs.Umi dengan sebaik2nya. Kalau nak cari namja macam nie untuk zaman sekarang amatlah payah.
Dunia akhir zaman lagi tue. Hailo...^^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Esok, aku ada group assignment. Memandangkan partner aku bekerja, jadi aku terpaksalah pergi kat dia. 
Maklumlah aku dah menganggur sekarang. Esok part Business Principles assignment. Tue baru satu. Yang lain?? Haiyak!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Iklan sebentar.....hehehehehe
Dear Mrs.Umi, lepas nie tak mao lagi tengok muka sedih.
정말로, 엄마, 정말 미안 해요 ..
전체 내 인생에 대해 정말 죄송합니다.
당신은 세계 최고의 엄마입니다. 당신하지 않을 경우 여기에서 무슨 일이 모르겠어요.
Really apologize for whole my life. 
You are the best mum in the world. I don't know what happen if you not here
jeonche nae insaeng e daehae jeongmal joesonghabnida
dangsin-eun segye choegoui eomma ibnida. Dangsin haji anh-eul gyeong-u yeogieseo museun il-i moleugess-eoyo.

.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hehehehe...selingan hangul sekejap..
Okeylah 
안녕히 가세요 ....
annyeonghi gaseyo...
Aku nak tido. Esok kena bangun awal.
What will happen in future we don't know.
Kita hanya mampu merancang, Tuhanlah yang menentukannya...

Sunday 15 September 2013

Everything Comes With Price..

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya notebook aku hidup kembali.
Syukur kepada Allah dan tak lupa juga kepada my sista yang tolong jumpakan adapter untuk notebook nie.
So, lepas nie boleh la aku start buat assignment yerk. This table belong to me. Why? Because I want to do my assignment here. Assignment, here I come....hahahahahaha.....
Semangat nak buat assignment. Bukan apa setelah bergelar penggangur nie, dah takde kerja lain. Dah macam bertukarlah plak. 
Aku ingat nak cuba kerja lain pulak. Maybe aku asyik mentionkan benda yang sama tapi sebenarnya aku sedang kecewa. Sebab? Aku sendiri. Buat apa aku nak menyusahkan diri sendiri.
Yeah, everything come with price. Dan kat sini aku kena pilih. Sama ada aku nak jadi full timer student ataupun aku still nak bekerja. Haila....
Aku sendiri binggung, apa yang aku patut buat. Dalam masa yang sama banyak kelebihan dan keburukan kalau aku still bekerja. Contohnya, aku akan dapat experience berbanding dengan orang lain. Dan keburukannya adalah, adakah aku kekal dalam class lepas nie? Wallahu'alam..
Aku bekerja aku kena tanggung sendiri masalah college aku then kalau aku pilih nak jadi full timer pulak aku kena tanggung sendiri barang keperluan aku dengan duit yang dah tak berapa. Aku paling benci menyusahkan Mrs.Umi. Aku ada tenaga, kenapa aku tak  usaha? Aku dah besar, dah boleh tanggung diri sendiri, takkan sampai barang asas macam topup tue pun aku tak boleh nak tanggung? Betul tak? Memang aku mengaku, aku masih lagi hidup dalam keluarga, tapi tak salahkan kalau aku cuba sendiri. Biarlah adik2 aku yang pakai duit tue, diaorang lagi memerlukan. Dan kalau ada rezeki lebih nak aku bagi dengan diaorang tapi apakan daya, hanya tukang mendengar masalah diaorang je aku mampu. Sebab yang lain aku tak mampu nak buat macam bank inkan duit ke, jenguk diaorang kat sana. Tolong settlekan masalah kat sana ke? Aku tak mampu nak tolong. Cukuplah hanya menjadi pendengar diaorang.
Lagi satu, aku punya PTPTN nie, sampai bila nak bayar? 10 tahun dowh,, bukannya sekejap tue. Tapi aku akan usahakan. InsyaAllaah.
Kali nie aku berterima kasih dengan kerajaan Malaysia sebab bagi aku peluang macam nie. Bukan senang nak apply PTPTN nie walaupun aku tahu keputusan aku nie hanyalah cukup2 makan. But at least, aku cuba sedaya upaya tak nak menyusahkan Mrs.Ayahumi. Cukuplah. Itu je yang mampu aku cakap. Cukuplah. Dari kecil sampai ke besar dengan adik beradik ramainya. Cukuplah. Aaaaaa....
Dah sampai takat nie jelah aku bercerita.
Papepun, who will know what happen in future right. 
Bubye ^^

Thursday 5 September 2013

Ketidaktahuan Lagi.

Macam biasa benda yang aku nak post adalah pasal kerja dan belajar.
Dan kali ini kenapa aku rasa macam berat hati pulak nak tinggalkan tempat nie.
Betul ke keputusan aku nie? Aku sendiri masih belum 'jumpa' lagi dengan jawapannya.
Hmmmm...xpe Myda, mana tahu kamu dapat kerja yang lagi baik dari sini.
Cari pengalaman sebanyak mungkin sebelum kamu ada kerja tetap kan?? InsyaAllah...
Untuk pengetahuan semua, my older sista nak balik ke sini. Hmmmmm....
Tak tau nak kata apa dah. Aku lebih kesiankan dengan Mrs.umi sebab apa2 yang Mrs.umi susulkan semua tak berapa menjadi. For Mrs.umi, don't blame yourself of this things happen. Kita hanya mampun merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.
Dan sempena aku berhenti kerja dari sini, aku sendiri masih tak tahu lagi nak cari kerja kat mana. Hmmmmm....aku nak kerja ke nak belajar??? Any solution??
Utamakan pembelajaran dulu. Tapi aku tak nak duit EPF aku berhenti jugak.. hmmmm...nak kerja dengan Boulevard maunya kaki aku tercabut. Hehehhehehehehe.....
Ada satu tempat still lagi mencari vacancy dari dulu lagi. Aku sendiri tak tau. Sebab hari tue aku ada telefon, tanya personal assistant position. Lepas tue diaorang tanya, boleh tak kalau nak travel ke kL, aku jawaplah boleh je. Then diaorang jawap, okeylah. Hantar je resume ataupun terus datang sini untuk interview.
Rasa aku company nie Melayu (hope so..), then peluang untuk aku kerja luas..hehehehhe..(luaslah sangat)
Sedih rasa bila k.aya cakap pagi tadi, "Myda, janganlah berhenti," hmmmmm.....then jawapan aku.
"Biar aku habis belajar dulu, nanti bila dah habis belajar, boleh minta masuk kerja kat sini. Tapi dengan lain certificate sebab aku dah ada diPloma. Gaji pun boleh jadi besar. Hehehehehehehe.....
Then why not I'm trying kat situ untuk P.A position??
Mana tau bleh travel kat sana-sini. Hehehehehehe....jap P.A??
Bukan semua benda bos ke kena ambil tahu??Hailahaila... (-.-)
Nak ke tak? Nak ke tak? Nak ke tak?
Tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya akal.
Jangan buat keputusan yang mendadak dan terburu-buru kang tak pepasal buruk padahnya.
Lagi-lagi bila melibatkan oil & gas company yang selalu travel ke kL..
Sometimes kita kejar masa & duit sampai kita lupa siapa, apa dan kenapa untuk kita buat semua nie?
Memang, kadang-kadang bila nak duit sangat sampai boleh lupa keluarga dan asal-usul.
Bukan aku nak membongak la tapi aku sedar aku masih lagi dalam tanggungjawap keluarga aku.
Bukan senang nak handle diri sendiri dengan kerja yang sangat melambak. Lagi-lagi aku nie still dipanggil student. Yeah, I'm still student. Learning for myself. Yeay....
Haila, pasal tiket my olda sista tue dah habis tempoh booking dia...hish..
Lambat sangat bagi tau confirmation call. Then aku kena tengok balik tiket tue setiap masa.
Tak ada kerja jadi ada kerja. Hmmmmm......
Lupa nak bagi tau, Sabtu nie ada pesta layang-layang kat Bintulu.
Macam best je. Nak sangat tengok macam mana pesta layang-layang tue. Tapi esok aku ada annual dinner college kat Imperial Hotel..
Takut nanti tak ada masa nak rehat tal pasal-pasal boleh pengsan. Tak mau cari penyakit.
Hish hish......Then hari isnin still lagi nak gi kerja pulak. Hari selasa baru tak turun.
I get my freedom back.. hahahahahahaha......(^_^)
Okeylah...who will know what happen in the future right?
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT