Sunday 27 October 2013

Tired.. ^^

Alhamdulillah, lega jugak dapat tinggalkan rumah setelah berpenat lelah mengemas.
Walaupun hampir 70% barang dibuang tapi tuelah, dah tak ada perasaan lagi nak simpan barang lama.
Penat sangat. Hari tue baru je kemas cantik2 bilik dah tue kena lagi masuk dengan orang 'baik' sangat.
Siap 'tolong kemas' lagi. Hmmmm....kenapalah diaorang boleh buat kerja macam tue tengah malam?
Agak2 ada tak 'benda' tue ikut diaorang lagi? Kalau ikut lagi bagus, biar diaorang rasa bersalah yang amat!
Benci betullah! Jap, memang trademark perompak ke kalau lepas cari barang kena sepahkan? Tak boleh ke cari dengan kemas, tersusun, dan teratur? Bukannya tuan rumah ada dalam rumah pun kan? Why in hurry? 
Uwwwww......there must be something.... ^^
Hahahahahahaha......tau pun rasa takut? Kan? Ada rasa bulu roma meremang tak? Mesti ada kan?
Watpelah nak masuk rumah yang dah tak ada pape? Rumah usang lagi tue. Bukannya ada barang berharga pun. Ntahlah. Automatik jadi speechless nie....hmmmmmmmm...
Agak2 siapa yang berani masuk rumah tue waktu malam? Dahlah kat laluan masuk tue ada pokok kemboja putih. Rumah pulak agak dalam dan sebelah bukit. Hmmmmm......
Even rasa sakit tekak macam nak kembali sebab berkemas dalam asap yang tebal sebab adik aku yang pandai tue siap gi bakar sampah depan rumah dengan belakang rumah. Bila angin melambai2, asap pulak berkumpul dalam rumah. Sabar jelah.
Dahlah assignment untuk slide presentation aku tak buat lagi. My partner dah tanya. Dan memandangkan hari tue dia yang settlekan yang part one so part two aku yang kena habiskan. Takpelah, ada tiga hari lagi.
InsyaAllah sempat. 
Mungkin juga ada hikmahnya kenapa semua nie terjadi. Macam kelakarlah pulak bila ada benda yang hilang tue, aku dan adik beradik yang lain cakap, "baguslah diaorang ambik, bukan boleh buat apa pun."
Sebab dari kejadian nie, kitaorang dapat decide benda apa yang nak terus buang, nak simpan atau terus bawa ke rumah baru, atau nak bagi dengan orang.
Bila aku tengok benda cantik, lagi2 penuh dengan kenangan lama, memang aku tak sanggup nak buang sebab ada sentimental value. Dan bila dah berlaku macam kejadian macam nie, automatik aku terus nak buang sebab buat apa nak simpan hanyalah kerana sentimental value yang dah tak value sangat pun. Dan mulut pun automatik cakap, "nie buang, nie buang, tue buang, yang tue pun buang," walaupun dalam hati ada jugak berkira2 nak simpan ke tidak? Hmmmmm........
Kadang2 menyakitkan jugak bila kita simpan barang lama nie. Sebab yang sama. Kenangan. Kalau kenangan silam buat kita sakit hati buat apa nak simpan walaupun suatu ketika dulu kita pernah sayang barang tue. Hmmmmmm.......
Dan yang paling tak boleh blah, banyak giler aku jumpa buku note 'orang' nie dijadikan diari. Mak aii, bukan satu tapi banyak giler dowh...^^
Alamak! Perut aku lapar dah pulak. Okeylah.
Sampai sini jelah bebelan aku hari nie. Jari pun dah panas nak menaip.
Annyeong, just don't forget bout my word. Habluminnallah and Habluminnas.
Again, bye you'll ^^

Saturday 19 October 2013

Solving Problem...^^

Entri kali nie mengenai cousin aku yang duduk kat tempat orang tapi pemalu yang amat sangat mengalahkan kami perempuan. Alahai....~_~
Aku sendiri pun kalau kat tempat orang akan bertanya itu ini, tapi nie tidak. Duk tunduk je kepala layan handphone sampai sesat jalan. Hmmmm....speechless..
Macam mana nak selesaikan masalah kalau kita tak bercakap? Susah sangat ke nak buka mulut tue tanya soalan? Tanya soalan perlu guna duit ke? Dan salah ke kalau tanya soalan? Hmmmmm....
Pelik betul lah...Sebab apa? Sebab cousin aku tue 'LELAKI' yea dia lelaki. Hahahahahaha.......
Yang aku kesiankan mak dia hah. Sebab tak tahu nak buat apa kat sini bila dapat tahu yang si anak belum makan lagi dari sepanjang hari. Yea laa, mak mana yang tak risau...
Kesian aku tengok diaorang. Kalau dah tahu tak dapat nak support anak belajar kat sana. Baik tak yah pergi. Kan tak pepasal dah membazir. Belum pun sampai setahun dah suruh balik. Dengan keadaan bapak macam tue. Sedih betul.
Aku rasa teruk Mr.Ayah rupanya ada lagi yang lebih teruk. At least Mr.Ayah tak pernah lepas bagi duit perbelanjaan aku dan adik beradik lain. Even mulut dia bleh, bleh, bleh laa jugak tapi tetap gak bank in.
Walaupun jumlah dia sikit tapi tetap gak bagi. Aku dulu dapat RM150 je sebulan. Just imagine, apa yang dapat aku beli untuk survive selama sebulan? Body care, laundry, makanan skit. Yang lain dah taklah jawapnya. Memang masa tue membantu betul sama ada aku dapat handle ke tidak duit tue. 
Kalau kita dah dapat agak apa yang kita perlu untuk masa depan, baik kita buat pengiraan awal. Supaya tak lari budget. Even sometimes ada laa gak nak merasa itu ini. 
Dan waktu tue jugak aku belajar, brand or price? Quantity or quality? Keperluan ke keinginan? 
Dan rupanya bila kita dah sedar tanggungjawab kita macam tue, kita fikir semua tue dah boleh menampakkan yang kita dah matang untuk menyelesaikan dan mengatasi masalah. 
Seriously, aku yang dulu bukan macam nie. Kalau dulu suka sangat menyakat orang, suka 'prank' kan orang sebab fikir benda macam tue seronok lagipun buat sekali seumur hidup dan kadang2 kita sendiri pandai ketawa bila kita mengenangkan semula tapi sekarang? Aku lebih fikirkan sama ada benda yang aku buat tue lebih kearah kebaikan ke keburukan? Benda yang aku nak buat nanti, apa yang aku dapat? Kalau aku buat, ada effect tak dengan masa depan aku? Dan benda yang aku buat, Mrs.Ayahumi senyum ke tak?
Serta merta soalan macam nie yang muncul. Bukan sebab aku nak perhatian dari diaorang tapi aku fikir siapa yang melalui semua tue nanti. Mesti aku kan? Bukan orang lain. Sebab aku. Dan aku bukanlah jenis yang boleh memaafkan diri aku kalau sesuatu yang buruk terjadi dengan keluarga. Tak lupa jugak, aku nie seorang yang pendendam. Benda yang lama pun aku boleh ingat even dia perkara kecil. Tapi sekali hati aku dah sakit, aku tetap akan ingat. 
Bukan aku nak ingat tapi memori yang menyakitkan hati. Sangatlah sakit sampai nak mengalir airmata pun susah sebab sakit dia kat hati. Bukan kat mata. Dan kat sini pun aku tak dapat nak selesaikan masalah aku.
Forgive and forget? Forgive but not forget? Forget but not forgive? Still tak dapat nak decide.
Maybe forgive and forget dah banyak aku buat tapi aku tak sedar, forgive but not forget? Hmmm...pun sama aku rasalah then forget but not forgive? Nie aku rasa taklah. Macam mana nak forget kalau aku tak forgive? Kan?? Hmmmm...
Berbalik dengan cousin aku tadi. Buat masa nie dia dalam urusan menyelesaikan masalah kolej dia. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar lepas bawa berbincang dengan pihak kolej. Tapi still kena bayar ganti rugi maybe sebab tak sampai setahun kot dia kat sana. Tiket dia aku dah belikan malam tadi tue pun harga pandai berubah. Takpelah janji dia pulang dengan selamat. 
Hari tue, kerja kat Boulevard, kena makan RM700. Sebab? Lambat sangat hantar surat resign. Memandangkan dia adalah fulltimer punya employee, so dia kena penalti lah. Kejam kan?
Dunia sekarang. Manusia memang sanggup buat apa saja semata-mata nak duit dan kekayaan.
Jap? Semua yang berlaku perlu ada sebab ke? Bukan sebab tue hanyalah alasan ke? Hmmm....
Terpulang pada diri kita sendiri. Sama ada alasan tue akan membuatkan kita makin kuat ataupun makin lemah. Contohnya, kita buat alasan semata-mata nak menyelamatkan diri kita dari sesuatu yang kita reka. Dan itu adalah salah. Kadang2 benda yang kita reka, takkan ada penghujungnya. Sampai diri kita sendiri yang menjadi mangsa rekaan kita sendiri. Sama macam pembohongan, Akhirnya diri kita sendiri, tenggelam dalam pembohongan yang kita buat. Semakin lama kita simpan, semakin lama kita tenggelam. Agak2 berapa lama manusia dapat simpan rahsia? Kalau sampai mati pun, roh takkan tenang. Nau'zubillahminzalik...
Hmmm...iklan seketika....
Berbalik dengan cousin aku tadi. Hari nie dia dah kena bertolak ke KLIA, kiranya malam nie dia tidur kat sana laa. Takpe. Dia lelaki. Sebab hari nie jugak pihak kolej mintak dia keluar dari situ. Kesian sungguh.
Tapi nak buat macam mana. Hmmmm....
Sampai kat sini jelah hujah aku kali nie. 
Panjang giler kot katak2 aku kali nie. Hmmm....
Memandangkan entri kali nie adalah mengenai kehidupan dan serta merta aku terus jadi pakar kaunseling.Ecewah...^^
Suka bagi tip percuma..hehehehe...^^
Jangan lupa habluminallah habluminnas.
Buatlah segala-segalanya niat kerana Tuhan dan bersangka baiklah dengan Tuhan. InsyaAllah..

Wednesday 16 October 2013

Bleh,bleh,bleh....

Entri kali nie memang agak menyakitkan hati skit.. =.=
Hmmmmm....why?
Sebab aku mendengar seluruh sesi kaunseling yang berlansung tak sengaja depan aku. Benda yang tengah tayang kat tv pun jadi ntah papa sebab sesi kaunseling tue pitch tahap mengegarkan kepala otak aku.
Hailo...dah penin pun..=.=
Nak kuatkan suara tv pun, macam kurang ajarlah pulak sebab makcik aku tue tengah ceramah free..
Ntah, aku pun jadi pelik. Kenapa dia mesti ada kat sini? Bak kata Mrs.Umi, dia dah takde tempat nak tinggal dah. Yea,, aku tahu tue tapi takkan nak menyibuk jugak apa urusan kita. Hmmmm....
Aku tahu dia nak mengajar 'kitaorang' yang muda2 nie, jangan membazir masa dan duit yang ada. Hmmm...
Yelah, sebab dia dah melalui pengalaman tue semua. Jap, aku pun sama laa.....^^
Memang betul, bila kita dah menginjak dewasa nie, kita sendiri termasuk aku sendiri, memang akan berfikir apa yang patut dilakukan untuk masa depan aku. Bagi aku laa..
Untuk si cousin aku tue, aku tak tahu. Sebab dia dah nampak cinta tue lagi indah dari nak cari pengalaman hidup nie. Sayang betul. Tapi biarkanlah dia. Sampai bila lagi nak belajar pasal cinta monyet nie kan?
Lelaki lagi tue. Ego time bercinta. Puih, mengalahkan para bapa. Memang pun....
Lagi satu para lelaki, dia akan menghargai setelah merasa kehilangan sesuatu yang dia sayang atau suka.
Yup, memang tak dapat disangkal lagi...^_^
Mata kau dah mengantuk la pulak lepas minum kopi pegaga nie.
Hmmmm...(speechless..)
Okeylah...sampai kat sini je part bleh,bleh,bleh kita.
Apa2pun untuk masa depan, kita hanya merancang tapi Tuhanlah yang menentukannya.
Jangan lupa usaha untuk menjadikan sesuatu itu kepada yang lebih baik untuk kebaikan. 
Hablumminnas hablumminallah....


Monday 14 October 2013

Update!!

Alhamdulillah....
Aku baru je selesai update blog nie.
Dan seperti yang dilihat, akhirnya jadi macam nie...
Harap2 boleh bertahan dalam masa yang agak lama....
Hmmm.....sebab aku bukanlah jenis orang yang rajin nak update blog..=,=
Adjust punya adjust, kira bolehlah aku berpuas hati dengan hasilnya...
Hmmmmm....(speechless)
Esok hari raya haji. Yeay...
Tapi nak buat apa? Beraya? Sejak bila aku ada kawan yang boleh datang beraya kat umah diaorang?
Hmmmm....entahlah...=,=
Adik aku si Yuha Adie dah balik dari UiTM, cuti dah start dah. Tinggal yang kat Mantin dengan kat Kuching lagi belum balik. Siapa? Si Eida Adie ngan Shaq Zulqairnain. Hmmmm....
Pelik kan, kitaorang sume pakai nama lain2. Mungkin disebabkan nama tue menyebabkan identiti dunia maya kitaorang lain dari dunia realiti.(Macam catfish laa pulak bunyinya...) hmmmm.....
Serius,aku tak tahu nak menaip apa lagi nie.Hmmmm......
Yang penting aku nak ucap kat semua sekali lagi.
SELAMAT HARI RAYA HAJI!!!
Kepada jemaah umrah dan haji, didoakan mudah-mudahan selamat semuanya. Amin...
Dan tak lupa juga kepada Mr.Ayah yang jauh kat Garraf nun, Selamat Menyambut Hari Raya Haji jugak.
Mesti best kan sebab dapat makan banyak kat sana. Hmmmmm....
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT