Wednesday 27 November 2013

Berpisah kembali...

Hari demi hari, satu demi satu adik adik aku pergi meninggalkan rumah.
Terasa sunyi sepi tanpa ada gelak ketawa mereka.
Terasa sekejap hari dan waktu yang berlalu. Apa yang kami dah buat bersama?
Hmmmm....aku sepi tanpa bicara.
Ehemm....cam jiwang laa pulak. Hehehehehehe....
Soon or later. Whatever it take. I still need to let it go. Even i feel so badly. But they go for many reason.
They want to be a better person. They want to learn them self. They need to need about whole world. And they need to learn what they want. They dream. They passion. And so many things. And I as sister, need to pray hope they always gonna be okay.
Dan tak lupa juga sentiasa berdoa agar mereka sentiasa berada dibawah rahmatNya. Amin...
Dan aku sendiri tak tahu. Adakah aku tinggal keseorangan disini nanti. 
Kerana bermacam-macam agenda yang akan berlaku dalam hidup aku. Tapi aku sendiri tak tahu sama ada akan jadi kenyataan ataupun tidak.
Yang sulung dengan yang nombor dua nak sambung belajar di tempat yang sama. Iaitu KUIM, Melaka. Yang sorang ambil Ijazah, yang seorang ambik DiPloma. Dan mereka mungkin pergi untuk bulan depan. 
Dan perancangan aku??? Aku masih lagi dalam dilema. Sama ada aku nak cari kerja lain atau aku nak stay sampai aku habis belajar. Aku kena cari jalan penyelesaian untuk bayar balik pinjaman PTPTN aku. Aku tak mahu menyusahkan ayah. Cukuplah dengan hadiah sempena harijadi aku yang agak mahal tue. 
Walaupun aku tahu, itu adalah permintaan yang mana setiap ayah wajib tunaikan untuk anak2 tapi tetap rasa aku melampau. Aku dilahirkan dengan penuh rasa kasihan terhadap orang lain. Rasa bersalah yang kuat. Cepat menangkap apa yang orang lain akan rasa. Dan sampaikan aku lupa tentang perasaan aku sendiri. Dan apa impian aku sendiri. Salah satu sebab, kerana aku tak mahu berjaya atas kebencian orang lain. Aku tak mahu berjaya atas kesedihan orang lain. Rezeki Allah berada dimana-mana. Hanya kita manusia perlu berusaha sama ada mahu mengapainya atau meninggalkannya.  
Untuk malam nie, paper Business English dan untuk malam esok adalah paper Costing 1. Ada lagi 11 subjek yang aku kena harung untuk habiskan aku punya DiPloma. 
Yang lain masih lagi dalam semester ketiga atau keempat. Manakala aku pula dah habis. Alhamdulillah.
Ini adalah apa yang aku nak. Walaupun banyak benda yang aku plan tak jadi. Sekurang-kurangnya aku berpuas hati. Siapalah aku yang yang hendak menentukan masa depan sendiri. Semuanya terletak ditangan Allah. Kiranya dalam tiga tahun akan datang aku nak plan beli rumah lagi. Kereta boleh beli kemudian. Tue pun kalau aku tak kahwin lagi. InsyaAllah. Jodoh pun ditangan Tuhan.
Agak2 apa yang akan berlaku pada tahun yang mendatang? Hmmmm......
Okeylah, sampai kat sini je bebelan aku sebab dah lama tak bukak blog nie. Hahahahahaha......
Who know what will happen in our next future. Berdoalah pada Allah, agar kebaikan sentiasa mengiringi kita. Amin.... 
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT