Sunday 13 July 2014

Resepi Kek Span Yang Lembut Dan Mudah

Assalamu'alaikum semua,
Kali ni nak update pasal resepi pulak. Almaklumla first try then yang excitednya tak percaya sebab keknya menjadi. Hmmmmm...
Okeylah tak mau nak cakap banyak. Meh, we start we with my resepi.



Bahan-bahan :
150 gm Tepung Gandum
50 gm Tepung Hong Kong
2 sudu besar Ovellet
5 biji telur gred A (tapi Myda pakai gred B)
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil esen vanilla (kalau nak letak perisa lain pun boleh)
120 ml air
120 ml minyak

Cara Membuatnya :
1. Ayakkan tepun gandum bersama tepung Hong Kong dan baking powder. Masukkan ke dalam bekas penggadun. Pusingkan mesin penggadun dalam kelajuan perlahan untuk menggelakkan tepung berterbangan. (Kat sini Myda pakai kelajuan 2)
2. Masukkan ovellet dan telur sebiji demi sebiji sambil menukar kelajuan mesin penggadun ke kelajuan sederhana. (Kat sini Myda pakai kelajuan 4). Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan air dan esen vanilla sambil biarkan mesin penggadun berpusing. Pukul adunan sehingga kelihatan ringan.
4. Kemudian masukkan minyak. Ketika masukkan minyak, jangan pukul menggunakan penggadun untuk menggelakkan adunan bantat kerana udara dalam adunan tiada. Gunakan senduk untuk menggaulkan adunan agar sebati.
5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius untuk 45 minit.
6. Kemudian, sediakan loyang untuk masukkan adunan. Jangan lupa letakkan kertas minyak untuk menggelakkan adunan melekat di loyang.
7. Masukkan loyang tadi kedalam oven yang sudahpun dipanaskan sebentar tadi. Putarkan kembali minit oven ke 60minit.
8. Tunggu sehingga adunan masak sepenuhnya (kat sini Myda cucuk adunan menggunakan lidi untuk memastikan adunan masak ke tak) kemudian barulah dikeluarkan dari oven dan sejukkan dahulu. Barulah dihias dengan aising.

*Tips : Kalau adunan masih melekat di batang lidi, kiranya masih belum masak sepenuhnya.



Selamat Mencuba...
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT