Sunday 31 March 2013


Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Allah masih lagi memanjangkan umur hambaMu ini.
Dah lama tak update blog. 
Seronok rasa bila ada masa nak update.
Tak salahkan bila kita nak kongsi ilmu untuk tatapan umum.
I don't know why,
I fill freedom......
Something happen to me?
I don't know either....
But the pain is really bad right now...
Should I feel happy?
I already waste my time right now, I think...
Better I do my job...
And one thing...
Why I feel sadness??
Maybe because I feel lonely?
No...I have Allah,
Why should I feel lonely?
Yup..It's really make me free..
Ya Allah, tabahkanlah hambaMu ini...
Kesakitan yang sedang hambaMu alami ini memeritkan...
Aku tahu ini adalah penghapusan dosa..
Kalau nak dibandingkan dengan dosa-dosa yang aku lakukan,
Terlampau banyaknya....
Ya Allah, aku terima sakit ini dengan penuh redha...
Hanya inginkan pengampunan dariMu...
 
                            





                                          

                                     PESANAN ROH PADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
       
 Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
 
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. 

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. 

Maka mayat itu menjawab: 
“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: 

Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” 

Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
“Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.







                                         

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
 
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
 
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
 
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
 
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
 
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
 
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
 
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
 
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
 
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
 
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
 
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

                            


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’)
 
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”
Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

“Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.






Thursday 21 March 2013

The 10 Most Overpaid Jobs

To identify the most overpaid workers, U.S. News analyzed data provided by compensation experts at PayScale to highlight occupations characterized by relatively high pay for relatively easy work. This is admittedly an inexact science with subjective criteria. "Overpaid" means different things to different people, and many workers represented on our list have perfectly legitimate jobs requiring skill, talent and training.
What we tried to suss out are occupations that have been largely exempt from the do-more-with-less ethos so many workers are familiar with, and might even be considered enviable jobs. To help generate our list, PayScale sorted data on thousands of occupations to isolate those in which median pay is well above the norm. The final list includes jobs held by people who report relatively low levels of stress (a proxy for how demanding the work is) and who feel their job doesn't necessarily make the world a better place. (See a methodology note at the bottom of the story.) By those standards, here's our list of the 10 most overpaid jobs:

1) Consulting software engineer (median mid-career salary: $123,000). These high-end programmers design and maintain sophisticated computer networks for big companies and other large organizations. But the work can be dry and many such engineers question the value of what they do. Other types of programmers and software engineers rank high on the overpaid list as well.

2) Brand strategist ($90,700). These advertising or marketing specialists work to improve the image and reputation of companies and their offerings--whether deserved or not. Brand strategists rate the importance of their own work poorly compared with other professionals.

3) Interaction designer ($116,000). Many websites rely on these technical experts to make the user's experience engaging and fun--though often to lure users into a purchase or transaction rather than provide personal benefits to them. Other types of website architects and managers also made the overpaid list.

4) Marketing research director ($122,000). They're highly paid, but market-research pros these days increasingly slice and dice reams of data instead of interacting with focus groups or real people. Job stress is particularly low compared with other occupations, suggesting cushy work conditions, often in front of a computer.

5) Accounting consultant ($81,700). These specialized auditors have lots of expertise, but even they seem to think they're overpaid: Nearly three-quarters say their job has no positive impact on the world or makes it a worse place.

6) Portfolio analyst ($81,800). It's certainly not a job a monkey could do, but the value of portfolio analysts who continually recalibrate pools of investments to optimize their value has been questioned for a long time--even by analysts themselves. Some overestimate their expertise or fail to acknowledge their limited ability to predict what might go wrong.

7) Wholesaler, financial services ($109,000). Is one insurance policy or mutual fund really that much better than another? The sales pros who pitch financial products to businesses (which might offer them to their own employees or customers, in turn) strive to make their offerings seem best, but skepticism is an occupational hazard in this job.

8) Patent attorney ($170,000). We tend to think of patents as the breakthrough insights of revolutionary inventors, but they're increasingly a form of warfare among corporations seeking to prevent each other from gaining a technology edge. The lawyers who fight those battles are among the highest-paid professionals PayScale surveys.

9) Investment consultant ($111,000). Financial advisers can help develop a long-term investing strategy, but they sometimes hawk products on behalf of favored financial firms or advocate active trading--which racks up fees--rather than more proven buy-and-hold strategies. Consumers have become widely skeptical of financial professionals.

10) Data scientist, IT ($133,000.) Big data is the next big thing, and these quantitative experts--typically with doctorates in math or similar fields--earn big bucks for developing the models and algorithms that will help corporations gain a marketing or competitive edge. What's in it for the ordinary people whose data is being scrutinized is less clear.

Kepada adik aku yang tengah berusaha untuk menjadi programmer tue, berusahalah bersungguh-sungguh. Kerana nak seribu daya, taknak seribu dalih. Untuk semangat nih !!!

Wednesday 13 March 2013

I just want to do the best in my life. At least I tried and I didn't regret do that because I learn to be good in same time I know how to be good. Is that wrong?
Then tell me? Why I still need other people option in my life?
Kadang2 aku tahulah memang kita kena tanya pandangan orang lain tapi takde lah sampai hidup kita pun orang lain pun aturkan.
Tengok macam diaorang artis.
Perkahwinan tue pun sebab peminat nak diorang bersama
Tak pun sebab suka sama suka then...
Time kawen bukan main lagi seronok.
Sampai nak ucap alhmdulillah pun takde.
Sebab terlalu excited dapat suami.
Then bila part bercerai berai,
"Dah tak ada jodoh nak buat macam mana?"
"Semuanya takdir Allah, kita sebagai hamba hanya mampu merancang,"
"Saya tak minta semua ni berlaku, semuanya takdir,"
Dah part seronok tak ingat Tuhan
Then part dah sedih, barulah nak menyalahkan takdir.
Macam-macam berlaku dalam dunia nie.



Termasuklah apa yang berlaku dengan aku.
Yang peliknya, kenapa diaorang lebih percayakan orang lain dari yang empunya badan?
Itu yang aku memang tak faham.
Biarlah, aku tak pernah memulaukan orang, aku tak pernah nak membenci orang,
Aku tak pernah nak memutuskan silaturrahim dengan orang.
Tapi bila orang dah buat korang macam tue, apa agaknya tindakan korang?
Just buat don't know right?
Sebab kita tahu Tuhan sentiasa bersama kita.
Sebab dalam kubur nanti, bukan orang yang menyoal aku time mati nanti.
Sebab dalam kubur nanti, bukan orang yang menjamin aku masuk syurga nanti.
Sebab dalam kubur nanti, bukan orang yang tolong aku jawap soalan malaikat Mungkar dan Nakir nanti.
Aku sorang gak dalam kubur nanti.
So, whatever aku buat sukati aku lah. Asalkan aku tahu hukum hakam agama.
Batas2 pergaulan aku dalam perhubungan.
Nak aku layan kasar, diaorang cakap aku nie tak de adab dan sopan.
Bila aku layan berlemah lembut diaorang cakap aku nie nak menggatal dengan lelaki orang.
Sssssaaaaabbbbbbbaaaaarrrrrrrr jjjjjeeeeeelllllaaaaaahhhhhh.......

Hmmmmm.....
Next......
Sapa lagi nie?.....
Letihlah nak menunggu.....
Eh, Bou dah bangun tolong bukakan benda alah tue....
Hehehehehe....baru je nak mengomen...

Hari nie, first time aku gi meeting. Dahlah kat Pusat Penjara Miri lagi tue...
Hahahahahahaha....semua pakat terkejut.
Apahal aku kena gi meeting, kan clerk je...
Baru korang tahu apa kerja aku. 
Padan muka.
Korang ingat selama nie aku tak de jawatan lah sangat ek?
Orang yang dah kerja 9 tahun pun tak macam aku.
Dah ada attend meeting bagai..
Tengoklah time 19 & 20 March nie
Dahlah dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang..
Tak masuk ofis lah jawapnya...
Yang penting jangan ada orang salah anggap aku tak turun keja untuk 2 hari tue siap.
Memang nak kena pelakung hidup2 ngan aku.
Sabar jelah..


"Everybody hate me but you love me oh,oh,oh"
Teringat kat lirik lagu Epik High...
Hahahaha....
Biarlah orang percaya apa yang orang cerita.
Mulut orang bukan boleh tutup pun..
Sanggup dengar dari mulut orang lain berbanding bertanya dengan tuan punya badan.
Entahlah...


Monday 11 March 2013

Finally my works become worst.
I don't know what should I choose.
My study or my money?

M.O.N.E.Y
Money = you can find everywhere, anywhere, anytime, every time even until you die.
The famous qoute I like about money is
"Money cannot buy anything but anything need money"

S.T.U.D.Y
Study = you can learn every time, anywhere, anytime, everywhere even until you die.
Like same huh?

Kat sini aku akan explain kan kat korang.
 Apa perbezaan dengan dua benda kat atas nie?
Duit tue tak boleh dibawa mati tapi ilmu...
"Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"
Sebab ilmu tue sentiasa bersama kita tak macam duit. 
Ilmu yang bermanfaat ibarat kawan yang setia.
Menemani kita kemana saja kita berada.
Sebab tue lah budak2 zaman sekarang cakap
"Study smart not study hard"
Betul pe...
Kalaupun study hard tapi tetap tak masuk2 ilmu susah gak.
Badan letih otak pun penat.
Tapi kalau study smart, sekejap je faham ilmu pun senang je masuk.
Badan dapat rehat awal otak pun tak penat.

MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT