Wednesday, 10 June 2015

Armadein! Kamek Mpun Cerita..(Part 1)


Prolog

Today gonna be my last here. 
Time flies fast. 
All became memory and story. 
Story that other people who couldn't understand what the meaning behind.
It just only me...

2003.10.29 - Rahdian High School, Genesee.

"Hanis!"
Lama aku berdiri. Sejenak.
'Eh? Ada urang nunggah aku kah? Aaaaa....sapa ndak ya kah. Aku tok dah aher..haish...,' rungut Hanis dalam hati sambil menyambung langkah.
"Haaaniiiissssss!! Oiitt! Aku nunggah ko pahal sik noleh? Hish, anak tok...," bebel Putri sambil menepuk bahu aku.
"Oohhh! Ko duhal. Hah? Kenak?" aku menyoal kembali.
"Sik aku mok nanyak, ko kak tok stay sitok ka ada pegi siney-siney?" 
"Ntahlaa...aku pun sik tauk juak. Nangga keadaanlah. Mun ada rezeki aku pergi jauh pergilah mun rezeki aku rah sitok sik aku ke siney-siney," 
"Okey..mun ko klak sambung rah tempat jauh-jauh, inform aku awal. Jangan ko ninggal aku senyap-senyap. Sik ngakuk geng klak!" Ujar Putri berbaur ugutan.
"Aoklah aoklah..bah aku jalan lok. Bye pok!" kataku kepada Putri bila melihat kereta Ummi sudah masuk di perkarangan sekolah.

'Mun ada rezeki kita jumpa gik...,' bisik hatiku sayu sambil melambai ke arah Putri.

Aku sangat yakin kerana ayah akan menghantarkan aku ke tempat yang sangat jauh. Macam Kak Ngah Syifa' dan Abang Long Maj. Bila ayah dah buat keputusan tiada siapa yang berani membantah termasuk Ummi. Hmmmm....aku? 
Sudahlah Armadein dan Genesee jauh. Terpisah antara benua. Alamatnya setahun sekali baru dapat balik. Ramai yang tertanya-tanya kenapa ayah menghantar kami ke Armadein padahal banyak sekolah lain yang ada disini. 
Entahlaa..hanya ayah yang ada jawapannya.
Aku pulak tak tahu apa nasib aku di negara orang nanti. Siap sedia je laa..
Mental dan fizikal. Sebab dari yang aku dengar Kak Ngah pun teruk kena buli dulu. 

'Putri, ko tunggu aku lam 4 taun akan datang pok. Aku sik kuat mok jumpa ko kinek...,' automatik rasa sebak. Pejam mata lagi bagus..
'Wahai hati kuatkanlah dirimu.....'


********************************

"Mus, jom teman Lang gi kede lok. Ada benda mok dibeli tok," aku mengajak Mus a.k.a Muhammad Al-Maulana Musyarraf, adik aku tercinta ni. Kadang-kadang bila aku geram terkeluar jugak panggilan Mushimushi. Macam nama kartun gitu. Mana tak Mus boleh melenting dengan aku. Hahahahaha...

"Mushimushi!!! Ke siney ko tek?" terus naik amarah aku bila nampak kelibat Mus.
"Apa Lang nunggah Mus kedak ya? Udah Mus madah tek aher skit. Sik nangga mesej ka?" 
Aku pula hanya terdiam. "Ko ada nganta mesej ka? Sorry laa sik dengar..," automatik aku tayang gigi. Hehehehehe...aku memang langsung tak perasaan pun ada bunyi mesej masuk. Al-maklumlaa bila jalan macam ni suasana bising mana nak dengar telefon lagi.

Semenjak dari itulah bila aku nak marah aku selalu memanggilnya dengan nama panggilan tue. Lama-lama Mus sendiri pun pandai lali. Cara senang ialah buat dunno je. Itulah yang menyebabkan aku rapat dengan Mus berbanding Along Maj dengan Angah Syifa'. Tiba-tiba rasa sayu pulak. Dah berapa lama dorang tak balik yeh? Kalau aku rindu mesti Ummi lagi rindu.

"Barang apa lagik mok dibeli? Banyak udah tok. Nait kepak tangan mok ngembak," ngomel Mus sambil matanya melilau melihat sekeliling.
"Alang rasa udah laa tok. Mun sik cukup klak madah ngan ayah lagik."balasku sambil melangkah keluar dari pasaraya.

Sekembalinya dari jalan tadi. Aku menyibukkan diri dengan mengemas barang-barang yang bakal aku bawa bersama. Semangat mengemas padahal ada lagi sebulan nak pergi. Al-maklumlaa aku bukan seorang yang kelam kabut. Senarai barang yang akan dibawa pun aku dah listkan. Harap-harap nanti semuanya berjalan dengan lancar. Amin....


*********************************************************************

2003.10.29 - Armadein

"Aienie, lepas ni aku nak kau kemaskan semua barang yang aku dah pakai tadi tau. Aku tak nak esok Puan Dalila bising-bising. Dah aku nak blah dulu. Hah! Pasal petang nanti macam biasa ye! Bye!" Arahan diberi oleh Anabel bongkak. Tanpa ada rasa bersalah langsung terus berlalu macam tu je..
"Ya Allah, macam mana laa aku boleh pilih tempat nie sebagai tempat latihan aku. Haish! Nak kata dia anak tokey, tak jugak!" bentak Syifa' geram sambil mengemas meja dan membersihkan barang-barang yang dipakai oleh Anabel tadi. Mujurlah hanya dia, Isha dan Syakira sahaja yang tinggal. Semua sudah lali dengan perangai Anabel yang merasakan dirinya anak emas Puan Dalila. 

Tepat jam 9 malam. Syifa' mengambil kad matriknya untuk di'punch'kan di mesin attendance yang cantik terletak di atas meja antik milik Puan Dalila. Puan Dalila memang peminat dengan barangan antik plus english style ala-ala victorian. 
Anabel punya kad matrik sudah selamat di'punch'kan time 6 petang tadi. Kali nie dah masuk ke berapa entah dia buat pasal macam tu aku pun tak tahu. Kalau Urania Bakery nie ada cctv, dah lama Anabel tu jadi arwah. Nasib aku laa baru lagi buat latihan kat sini. Habis kena buli dengan senior. Dan baru aku perasan yang aku dah lama tak nampak kelibat Puan Dalila masuk bakeri baru-baru nie. 
'Travelling kot. Mana tau nak cari resepi baru...,' detik hatiku. 
Malas nak masuk campur. Cukuplah dengan pening kepala melayan karenah Anabel. 

Perjalanan dari Bandar nak ke kuarters aku taklah jauh mana. Bandar ke Taman Lintang. Jalan nak ke Taman Lintang kena lalu Taman Aster dulu sebab Taman Aster ni berada kat tengah-tengah. Dalam Taman Aster nie memang keluarga elit yang duduk. Dan dengar cerita ada rumah ahli keluarga Tuan Saiyid tapi aku tak tahulah celah mana. 

Bandar pula dipanggil Bandar sebab dia adalah satu kawasan pembangunan yang serba lengkap. Milik Tuan Saiyid jugak. Bandar yang sangat gah kerana mempunyai struktur bangunan yang minimalis plus elegant. Hotel, cafe, shopping mall, balai polis, pejabat pos, balai bomba dan banyak lagi. Institut pengajian aku adalah termasuk di dalam kawasan ni jugak. Kira besar jugaklah kawasan nie. Kalau hari-hari tawaf maunya kurus badan sudahlah aku nie kecil molek je orangnya. Syukurlah ayah mahu belikan aku basikal ni. Senang sikit nak gerak kesana-sini.


Hah, bercakap pasal Tuan Saiyid atau nama sebenarnya Saiyid Al-Fahmi Mu'thi Shafiyyu Addin penyambung empayar ayahnya sebagai President di Armadein nie. Empayar Legasi Putramin yang terkenal di seluruh dunia. Kalau kat tempat aku Genesee, ramai orang teringin nak menjejakkan kaki kesini sebab Armadein ini dinobatkan sebagai negara termaju kalau nak dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Negara yang serba serbi moden. Tetapi semenjak Tuan Saiyid kali ni yang menjadi President automatik era bertukar menjadi Era Shafiyyu Addin. Hanya dengan cara begini sahaja dapat membezakan cara pemerintahan beliau dengan ayahnya. Ketika ayahnya yang memerintah zaman tersebut dipanggil Era Mushoddiq Aminn. Zaman pembangunan yang mulai mekar suatu ketika dahulu.
Negara Armadein ialah negara induk yang mempunyai kuasa ke atas negara-negara lain. Kerana pusat perniagaan semuanya bermula dari sini. Ajaib bukan?
Macam mana ahli keluarga Tuan Saiyid boleh memonopoli perniagaan ni dari semua segi. Jawapannya adalah senang. Sebab ahli keluarga Tuan Saiyid sangat ramai. Tuan Saiyid sendiri mempunyai empat orang isteri. Isteri-isterinya berasal dari berlainan negara. 
Mengikut gosip yang aku dengar, Tuan Saiyid berkahwin atas dasar perniagaanlah, atas dasar perhubungan yang baik diantara dua negaralah dan macam-macam lagi. Tapi aku tidak mempercayai semuanya kerana bagi aku mesti ada sebab semuanya.
Yea laa...ingat senang ke nak memerintah seluruh dunia pakai kroni-kroni? Paling-paling pun bagus pakai anak-anak sendiri.
Atleast boleh hukum kalau ada buat kesalahan. 
Salah satu cara pemerintah Tuan Saiyid yang aku tabik.

Sampai di kuarters, mata aku makin mengantuk. 
"Letihnya!!!"jeritku sendiri. Geram...
Masuk bilik air hanya menyalin pakaian, terus gosok gigi dan cuci muka. Memandangkan tadi sudah solat kat surau bakeri tadi. 
'Banyak na juak baju tok? Marek aku sik nyesah ka? Aiee..tok laa malas,'rungutku sambil meletakkan sabun pencuci baju di dalam mesin. Alhamdulillah ayah belikan serba lengkap kuarters ni. Fully furnish. Tak lama lagi Hanis nak datang sambung belajar kat sini. Kiranya aku tak lama bakal ada teman laa..seronoknya...
Mulutku dari tadi tak henti-henti menguap. Memang dah letih giler rasa badan.
Laju aku menadah tangan untuk membaca doa tidur.
'Wahai mata, bangunlah awal pagi besok! Nak kena turun awal esok..,' bisikku sendiri.
ZzzzzZZZzzzzzzzzZZZZZ.........................



to-be-continued


MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT