Sunday 30 March 2014

Entri kali nie mengenai kejadian yang baru berlaku dalam sejarah Malaysia.
Iaitu pesawat Malaysia Airlines hilang di perairan selatan Vietnam.
Tabahkanlah hati wahai saudara-saudaraku. Kepada kaum keluarga yang terlibat.
Setiap kali aku baca laporan mengenai kejadian tersebut, hati aku menjadi sayu.
Sebab sebelum kejadian tersebut berlaku, hati aku menjadi begitu sayu sekali.
Dan aku pasti mesti ada benda yang besar akan berlaku. Tanpa aku duga sebesar dan seberat nie ujian yang maha berat.
Patutlah aku pujuk hati aku agar tidak mengikuti pakej pelancongan yang telah disediakan.
Kerana tarikh penerbangan tue pada hari tersebut. Pakej tue memang murah.
Almaklumlaa...musim bunga nak berkembang. Memang tak dapat nak imagine lagi.
Mati tue pasti. Cuma tempat dan masa je yang tak pasti.
Dan berfikir mengenai mati nie dapat pahala.
Menjadikan diri kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

*******************************************************

Aku yang serba kekurangan. Aku hanyalah aku.
Yang penuh dengan kekalutan, kebingungan, keseorangan dan kesepian.
Tanpa ada adik beradik di sisi. Terasa lain. Benarlah kata orang.
Hubungan kekeluargaan memang tiada galang gantinya.
Walau bergaduh macam mana pun tetap akan rapat.
Kerana bukan siapa2 tapi hubungan darah didalam badan. Dan juga rasa hati.
Walaupun begitu tak bermakna hubungan adik beradik nie baik selamanya.
Memang akan ada pahit manisnya. Lebih baik dari couple. Yang manisnya dari couple.

Mengimbau kembali kejadian semalam. Aku tahu tue memang salah aku kerana sudah berjanji.
Tapi takkan sampai macam tue sekali bagi arahan dengan aku? Sampaikan aku kena marah dengan Mrs.Umi. Kelam kabut pagi tadi Mrs.Umi suruh Mr.Ayah pergi bank inkan untuk adik bertuah aku seorang nie. Sabarlah wahai hati.
Mana pergi rasa hormatnya seorang adik kepada kakak?
Sememangnya amatlah aku kesali. Ya, aku tahu aku terlampau baik dengan semua adik beradik aku.
Tak yang bestnya, diaorang jarang melihat aku marah. Aku hanya marah bila aku betul marah.
Dan the best part is, pangkat adik, boleh marah aku balik kalau aku marah dengan diaorang.
Aku yang terlalu lembut dengan diaorang ke? Sampaikan diaorang tak hormat dengan aku?
Ye, memang salah aku. Aku terlampau membela diaorang. Tapi aku rasa aku buat benda yang betul.
Dengan siapa lagi aku nak buat macam tue? Aku bukannya dah kawen pun. Then aku bukannya dah ada anak yang nak bagi arahan ini itu.
Nak cakap diaorang je belajar? Aku pun belajar jugak. Siap dengan bekerja lagi. Ada diaorang faham macam mana rasa penatnya bila buat dua benda dalam satu masa?
Belajar dan bekerja. Aku cakap dengan diaorang just learn and get experience. It's better than other student do. But still make yourself little bit crazy. Yeah, with tension, stress, assignment, work list and don't forget drama.
Dengan keadaan kat rumahnya lain. Kat tempat kerja lain. Kat tempat belajar lain.
Ingat dapat ke nak rehat sebab alasan aku duduk or stay kat rumah berbanding diaorang?
Duduk kt rumah lagi penat tau. Even banyak kemudahannya.
Tiba2 macam menyesal. Kenapa aku seorang je sambung study kt area Miri nie?
Kenapa tak mintak kat tempat lain. Hmmmm...well, the answer still same. Because I want to learn and get some experience. Lagi satu graduate zaman sekarang nie kesian je menganggur sebab tak ada pengalaman.
Tak guna jugak belajar jauh2 kalau tak dapat kerja.
Better hope Allah


MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT