Monday 21 July 2014

Assalamu'alaikum sebagai pembuka bicara...
Seperti biasa, aku akan jadi blog nie tempat aku kongsikan segala kisah suka dan duka.
Untuk hari nie aku just nak cakap yang aku sangatlah kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang sangat2 mementingkan diri sendiri.
Aku bukanlah baru sebulan dua bekerja kat situ tapi layanan yang diberikan sedikit sebanyak sangat mengecewakan aku. Soalan yang aku tujukan untuk diri aku sendiri. 
"Kenapa aku harus teruskan bekerja disitu padahal ada orang lain lagi yang boleh mengambil aku bekerja dengan mereka dengan gaji yang lagi lumayan."
Memang aku tak nafikan yang aku terlalu sukakan budak dan memasak tapi bukan dengan cara ni.
Hanya dengan melihat keadaan aku sekarang dengan keadaan aku yang dulu.
Betapa besarnya perubahan. Aku dulu yang agak sedikit berisi kini tinggal kurus melidi.
Dan ramai yang bertanya kat aku sama ada aku ni ada mengamalkan diet.
Buat apa aku nak diet?? (sambil kening terangkat sebelah..)
Cukuplah dengan bebanan kerja yang dorang berikan kepadaku. 
Sakitnya hanya Allah je yang tahu. Sebulan sekali takpun seminggu sekali memang akan bertampal koyok kat belakang badan untuk menghilangkan muscle pain. 
Belum kira lagi dengan sakit tulang belakang aku. Memang akan jadi speechless..
Bagus aku tengok vacancy sekarang nie. Ada ke tak yang kosong sekitar nie.
Kalau nak aku memang nak yang travelling punya style tapi Mrs.Umi tak bagi sebab dia cakap aku nie girl. So, tak yah nak kuar sangat. (haish...baru je fikir nak terbang sini sana... ~_~)
Okey, so aku baru je hantar resume kat Monsterjob. Xtau la dapat ke tak..
Lagipun aku tengah tunggu keputusan untuk jadi Cikgu Taska. Wether they call me or not, i don't know.
But still put my faith there because government. 
Okey there. What will be, it will be..
Good night. Sleepy already..
Bubye (^_~)

Friday 18 July 2014

Question never end...

Assalamu'alaikum sebagai pembuka bicara..
First at all I want to send my condolences for all family passenger in MH17.
It was the shock story after MH370 and what make me very sad is, this happen in Ramadhan.
It was very strange. Flight MH17, who was serve in 17 years (17.07.1997 - 17.07.2014) and it's was shoot down by missile in border between Ukraine-Russian.
Yang sedihnya ada keluarga yang nak balik beraya. Ya Allah, besar sungguh ujian yang telah Kau berikan kepada hambaMu dibulan puasa ini.
Kau hanya jadikan sebab untuk mengambil mereka di bulan yang mulia ni. (Tiba2 jadi sebak)
Sebab Kau tahu dunia kian hancur. Dunia sedang berada di penghujungnya.
Dimana ketika Malaysia ingin menghulurkan bantuan untuk membantu Gaza yang sedang berperang dengan tentera Zionist, mereka tahu bagaimana untuk mengalihkan perhatian seluruh dunia berpaling dari menolong Gaza. Dan sekarang ni, pihak Zionist sudahpun memasuki kawasan darat Gaza.
Sampai bilakah benda semua ni nak berakhir? 
Jawapannya ada dalam diri masing2. Sudahkah kita bersiap sedia untuk menghadapinya?
Bukan untuk berperang di medan perang tapi berperang untuk nafsu kita.
Bila hati sudah bertuhankan nafsu, segala yang berlaku dengan kejam. 
Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa takut Tuhan. Begitulah dunia akhir zaman.
Begitu menakutkan. Disertakan juga fitnah akhir zaman. Ramai pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan untuk mengelakkan pihak mereka diserang. Tak kurang juga ada pihak yang menjadi musuh dalam selimut.
Cukuplah saja bila kita melihat negara Timur Tengah sana. 
Dimana mereka ketika Palestin diserang? Walhal hanya berjiran. Bila Allah sudah melimpahi mereka dengan kemewahan, rasa kemanusiaan sudah hilang dihati masing2 dek kerana sibuk mengejar kekayaan.
Dan kat sini automatik aku berfikir, dengan keadaan harga barang dah naik, dengan GST lagi.
Memang amat memerlukan duit tapi kita tak sedar yang dunia pun bakal berakhir. 
Kita sibuk mengatur plan macam mana nak plan untuk menyenangkan hidup kita untuk beberapa tahun lagi tapi kita tak pun nak plan macam mana tentang hidup kita dikemudian hari.
Inilah yang berlaku pada dunia sekarang.
Cukuplah dengan melihat apa yag terjadi dengan family aku. Soalan kat sini, kenapa taknak akadkan adik aku yang sorang tu dari dia kehulur hilir dengan yang bukan muhrim? Yang adik aku pulak, kenapa nak tunggu habis belajar jugak padahal Allah dah cakap kalau nak kaya, nikah je. Rezeki Allah ada dimana-mana. So, contoh didepan mata pun dah nampak. Apa lagi? Takut pandangan orang tapi tak takut pandangan Allah? Even BIL aku tu anak tunggal then mak dia nak buat yang terbaik, aku tahu tu tapi bukan ke utamakan hukum dari adat? So, aku sendiri pun tak tahu bil nak dapat jawapan ni so drop the case.
Open another case, aku jadi pelik bila Mr.Ayah dulu marah bila aku terima kerja dengan taska. Dan aku paling benci bila asyik banding-bandingkan dengan pekerjaan lain yang menawarkan gaji lagi tinggi.
Then aku berfikir lagi, dulu time aku kerja supermarket bukan main lagi Mr.Ayah marahkan aku dan yang lain sebab syariat tak jaga, pakaian yang tidak menepati syarat menutup aurat. Dan sekarang terbalik. 
Bila aku dan adik beradik yang lain utamakan dulu mengenai aurat dari gaji yang diberikan, dia jadi marah.
Kepada Mr.Ayah, kami tak kisah dengan gaji beribu kalau aurat tak jaga sebab kami tak ayah kena heret masuk api neraka sebab kami tak jaga aurat. Bukan ke tu yang ayah ajar kami time kami kecik dulu?
Okey then, mata aku dah ngantok balek so nak sambung tido dulu. 
Kang tak bangun sahur, alamatnya berlapar laa perut aku. 
Sekian, kepada sesapa yang terasa, harap jangan simpan dalam hati yerk...(sambil menundukkan badan..)
Then ntuk adik yang ada calon, tak kisahlah langkah bendul pun sebab tu semua hanyalah adat. Bukan hukum Islam. So, biarlah orang nak cakap apa pun, mulut orang bukan kita dapat tutup pun.(cewahhh...ayat cam retis..^_^)
Sekian...salam raya dari adik dan kakakmu ini....

Monday 14 July 2014

Tengah takde keje..

Assalamu'alaikum semua.
Hmmmm...nampaknya tiap hari aku akan update blog nie..
Macam mana nak buatkan aku punya blog cantik? Sorrylaa...aku bukan budak computer..
Nak cantikkan blog tapi xde masa. Dek kerana kesibukkan keja lagi.
Masa nak ngadap laptop adalah nipis sekali. Hmmmmm....
Nie pun semangat bila dengar lagu raya..hahahahahaha....
Dah raya dah....puasa pun belum abis lagi. Tiba2 rasa rindu nak membebel dalam bahasa Sarawak la plak.
Almaklumlah anak Bumi Kenyalang.
Rinduk sa ati ngan sidak adik beradik disinun. Jauh dimata...
Tedah jak sidaknya sikpat balit raya klak. Camne mok balit mun cuti ngak dua tiga ari jak.
Nang membazir alu jak. Nang mok diikutkan ati, nangis juak disinun sidaknya..
Cam ne mok polah laa...dah sa dirik ya bergelar student gine gaya..
Taun tok rasa Ramadhan paling sik bapa gilak.Ne ndak kelam kabut jak upa.
Ne juak keja, ne juak ngan college gik. Nang antap...
Udah juak malam esok exam start. Gine mok terawih?
Ada klak kenak entam ngan sidak college mun sik turun exam. Hehehehehe...
Belom gik masok dak baju raya. Nang sik ready alu. Apa gik kuih raya..
Sunyi alu sa taun tok...maklumlaa Mr.Ayah sik beraya disitok juak.
Ya baru begagan ngembak barang. Nang kalah urang dara.
Ya juak ngan dak segala rempah, ngan susu tin, santan kotak. Dalam palak tok pande berpikir,
"Benda dak tok sekda disinun ka?" Haahahahahaha...
Sampe 3 luggage diembaknya tek. Udah laa manas sebab sidak opis baru ngemail document penting.
Heran, maka kedak sik tauk urang mok nait flight. Ne ndak ngamok. Nang sik pande berubah perange ya..
Hmmmmmm.....udahlah crita pasal nya. Nya gik nunggu flight mok ke Dubai gik.
Esok menu pagi sidak nembiak, bubur ikan bilis tapi ku ganti ngan bubur udang.
Ne ndak udang ya terlebih gilak. Agik pun nembiak mun nangga pusuk bukan sidak nya makan pun.
Manas juak sa ati tok. Lelah jak kita masak. Dolok time aku kecik sekda perange memileh kedak ya sekali.
Menu tengah ari, ayam masak kicap ngan sayo apa ndak. Dah lupak ku koh.
Mun menu petang donut. Sidak nembiak tok nang. Time menu petang jak sidak semangat mok makan.
Biasa laa menu manis. Dari nok sik makan papa time pagi hingga ke tengah ari pande makan time petang.
Hahahahahahaha...kat sitok kita mok nyalahkan sapa? Nembiak ne tauk mok pikir lagik mun urang tua sik ngajar oiii....
Udah gik ya. Kelak sambung gik.
Mok nyambung study tok..
Papapun Salam kemaafan dari aku.
Sape2 yang terasa, minta maaflah banyak (sebab aku banyak bebel dalam bahasa sarawak..hehehehehehe..)
Semoga anda semua dapat menyambut hari bahagia bersama orang yang anda cinta...cewahhh... (^_^)

Sunday 13 July 2014

Resepi Kek Span Yang Lembut Dan Mudah

Assalamu'alaikum semua,
Kali ni nak update pasal resepi pulak. Almaklumla first try then yang excitednya tak percaya sebab keknya menjadi. Hmmmmm...
Okeylah tak mau nak cakap banyak. Meh, we start we with my resepi.



Bahan-bahan :
150 gm Tepung Gandum
50 gm Tepung Hong Kong
2 sudu besar Ovellet
5 biji telur gred A (tapi Myda pakai gred B)
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil esen vanilla (kalau nak letak perisa lain pun boleh)
120 ml air
120 ml minyak

Cara Membuatnya :
1. Ayakkan tepun gandum bersama tepung Hong Kong dan baking powder. Masukkan ke dalam bekas penggadun. Pusingkan mesin penggadun dalam kelajuan perlahan untuk menggelakkan tepung berterbangan. (Kat sini Myda pakai kelajuan 2)
2. Masukkan ovellet dan telur sebiji demi sebiji sambil menukar kelajuan mesin penggadun ke kelajuan sederhana. (Kat sini Myda pakai kelajuan 4). Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan air dan esen vanilla sambil biarkan mesin penggadun berpusing. Pukul adunan sehingga kelihatan ringan.
4. Kemudian masukkan minyak. Ketika masukkan minyak, jangan pukul menggunakan penggadun untuk menggelakkan adunan bantat kerana udara dalam adunan tiada. Gunakan senduk untuk menggaulkan adunan agar sebati.
5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius untuk 45 minit.
6. Kemudian, sediakan loyang untuk masukkan adunan. Jangan lupa letakkan kertas minyak untuk menggelakkan adunan melekat di loyang.
7. Masukkan loyang tadi kedalam oven yang sudahpun dipanaskan sebentar tadi. Putarkan kembali minit oven ke 60minit.
8. Tunggu sehingga adunan masak sepenuhnya (kat sini Myda cucuk adunan menggunakan lidi untuk memastikan adunan masak ke tak) kemudian barulah dikeluarkan dari oven dan sejukkan dahulu. Barulah dihias dengan aising.

*Tips : Kalau adunan masih melekat di batang lidi, kiranya masih belum masak sepenuhnya.



Selamat Mencuba...
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT