Friday 18 July 2014

Question never end...

Assalamu'alaikum sebagai pembuka bicara..
First at all I want to send my condolences for all family passenger in MH17.
It was the shock story after MH370 and what make me very sad is, this happen in Ramadhan.
It was very strange. Flight MH17, who was serve in 17 years (17.07.1997 - 17.07.2014) and it's was shoot down by missile in border between Ukraine-Russian.
Yang sedihnya ada keluarga yang nak balik beraya. Ya Allah, besar sungguh ujian yang telah Kau berikan kepada hambaMu dibulan puasa ini.
Kau hanya jadikan sebab untuk mengambil mereka di bulan yang mulia ni. (Tiba2 jadi sebak)
Sebab Kau tahu dunia kian hancur. Dunia sedang berada di penghujungnya.
Dimana ketika Malaysia ingin menghulurkan bantuan untuk membantu Gaza yang sedang berperang dengan tentera Zionist, mereka tahu bagaimana untuk mengalihkan perhatian seluruh dunia berpaling dari menolong Gaza. Dan sekarang ni, pihak Zionist sudahpun memasuki kawasan darat Gaza.
Sampai bilakah benda semua ni nak berakhir? 
Jawapannya ada dalam diri masing2. Sudahkah kita bersiap sedia untuk menghadapinya?
Bukan untuk berperang di medan perang tapi berperang untuk nafsu kita.
Bila hati sudah bertuhankan nafsu, segala yang berlaku dengan kejam. 
Tanpa rasa bersalah, tanpa rasa takut Tuhan. Begitulah dunia akhir zaman.
Begitu menakutkan. Disertakan juga fitnah akhir zaman. Ramai pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan untuk mengelakkan pihak mereka diserang. Tak kurang juga ada pihak yang menjadi musuh dalam selimut.
Cukuplah saja bila kita melihat negara Timur Tengah sana. 
Dimana mereka ketika Palestin diserang? Walhal hanya berjiran. Bila Allah sudah melimpahi mereka dengan kemewahan, rasa kemanusiaan sudah hilang dihati masing2 dek kerana sibuk mengejar kekayaan.
Dan kat sini automatik aku berfikir, dengan keadaan harga barang dah naik, dengan GST lagi.
Memang amat memerlukan duit tapi kita tak sedar yang dunia pun bakal berakhir. 
Kita sibuk mengatur plan macam mana nak plan untuk menyenangkan hidup kita untuk beberapa tahun lagi tapi kita tak pun nak plan macam mana tentang hidup kita dikemudian hari.
Inilah yang berlaku pada dunia sekarang.
Cukuplah dengan melihat apa yag terjadi dengan family aku. Soalan kat sini, kenapa taknak akadkan adik aku yang sorang tu dari dia kehulur hilir dengan yang bukan muhrim? Yang adik aku pulak, kenapa nak tunggu habis belajar jugak padahal Allah dah cakap kalau nak kaya, nikah je. Rezeki Allah ada dimana-mana. So, contoh didepan mata pun dah nampak. Apa lagi? Takut pandangan orang tapi tak takut pandangan Allah? Even BIL aku tu anak tunggal then mak dia nak buat yang terbaik, aku tahu tu tapi bukan ke utamakan hukum dari adat? So, aku sendiri pun tak tahu bil nak dapat jawapan ni so drop the case.
Open another case, aku jadi pelik bila Mr.Ayah dulu marah bila aku terima kerja dengan taska. Dan aku paling benci bila asyik banding-bandingkan dengan pekerjaan lain yang menawarkan gaji lagi tinggi.
Then aku berfikir lagi, dulu time aku kerja supermarket bukan main lagi Mr.Ayah marahkan aku dan yang lain sebab syariat tak jaga, pakaian yang tidak menepati syarat menutup aurat. Dan sekarang terbalik. 
Bila aku dan adik beradik yang lain utamakan dulu mengenai aurat dari gaji yang diberikan, dia jadi marah.
Kepada Mr.Ayah, kami tak kisah dengan gaji beribu kalau aurat tak jaga sebab kami tak ayah kena heret masuk api neraka sebab kami tak jaga aurat. Bukan ke tu yang ayah ajar kami time kami kecik dulu?
Okey then, mata aku dah ngantok balek so nak sambung tido dulu. 
Kang tak bangun sahur, alamatnya berlapar laa perut aku. 
Sekian, kepada sesapa yang terasa, harap jangan simpan dalam hati yerk...(sambil menundukkan badan..)
Then ntuk adik yang ada calon, tak kisahlah langkah bendul pun sebab tu semua hanyalah adat. Bukan hukum Islam. So, biarlah orang nak cakap apa pun, mulut orang bukan kita dapat tutup pun.(cewahhh...ayat cam retis..^_^)
Sekian...salam raya dari adik dan kakakmu ini....
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT