Info : "Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin (5 Gambar)
Pada tahun 1974, seorang petani telah
menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat
semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China.
Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan
bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors).
Semenjak
itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan
mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari
lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).
Setakat ini, penggalian-penggalian di
Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40
kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000
figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah
itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat
untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur.
Ramai sarjana
berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama
Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin
disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai
keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap
tahun.
Muzium Terracota Terbesar Di China.
Senjata Terpelihara:
Ahli arkeologi
telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa
di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak
panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium.
Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium
masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak
2,200 tahun yang lampau.
Berwawasan Tinggi:
Semasa Maharaja
Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun
dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam
Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat
dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu
daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal
dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya.
Maharaja
Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan
jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang
berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan
timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian
menghubungkannya dengan bahagian taktikal.
Maharaja Kejam:
Meskipun
banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan
kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan,
kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan
kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan
lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya,
pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua
tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam
di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.
Salah Ubat:
Maharaja Qin takut akan
kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar
– apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya,
Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja
untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja
Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi
punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.
Peta Misteri:
Meskipun
kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa
pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika
istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak
penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata
melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan.
Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui
bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang
diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil
4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif
dengan kehadiran merkuri.