Friday 23 August 2013

Untuk apa buat semuanya??

Penyakit aku yang suka termenung datang kembali.
Bukan apa,kadang2 sampai aku sendiri tak tau apa yang aku boleh fikir sampai aku tak sedar keadaan sekeliling. Parah dah nie...
Bila tengok kehidupan orang lain cam perfect,tapi kenapa aku tak?
Kenapa family diaorang macam tue tapi family aku tak?
Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku?
Apa sebenarnya achievement aku?? Betul ke tak aku nak bukak business?
Buat apa semuanya tue? Penting ke benda tue pada masa akan datang?
Kalau aku buat tue akan jadi benda yang melalaikan tak?
Kalau aku buat cukup tak masa aku nanti nak bahagikan antara dengan Tuhan dan manusia?
Dunia sekarang dah terlampau tua, banyak tanda-tanda kiamat kecil berlaku.
Sempatkah untuk aku  buat semua tue?
Kalau ikutkan hati aku banyak sangat benda yang aku nak buat tapi bila mengenangkan ayat "Adakah aku akan hidup lebih lama? Adakah aku mempunyai masa yang cukup untuk mengatur semuanya? Adakah aku akan melakukan sebaiknya di antara hablumminallah dengan hablumminas?
Dan lebih jelas lagi aku nie boleh dikatakan takut sebenarnya.
Takut sebab apa? Takut sebab aku akan berubah menjadi orang yang baik ataupun jahat.
Sebab bukan senang kalau kita dah bukak business nie. Tekanan kerja yang maha berat.
Nak cari orang untuk membantu dengan ikhlas bukan senang nak cari. Tapi kalau Tuhan sentiasa bersama kita insyaAllah. Allah sentiasa menolong hambaNya yang lemah. Berdoalah kepadaNya.
Itulah yang mdm.umi dan mr.ayah ajar. Aku sendiri tak pasti adakah aku lakukan dengan betul ataupun tak.
Sudahlah aku menjadi seorang anak yang taat? Sakit sebenarnya tanggungjawab menjadi seorang anak. 
Teringat masa kecil2 dulu. Bestnya kalau hidup tak pernah membesar.
Then bila dah besar, macam2 kita tahu dan banyak yang kita kena belajar. 
Tak semestinya dengan buku malah dengan pengalaman pun dapat.
Hanya dengan melihat keadaan sekeliling pun sudah cukup.
Bayangkan anda sedang duduk ditempat yang sangat buzy, dan perhatikan tingkah laku manusia yang ada didepan mata anda. Mesti banyak yang anda fikir kan? Dan secara tak langsung kita akan tahu macam mana situasi, perangai, ragam dan sebagainya. Hanya dari anda melihat sahaja.
Dan berkenaan dengan cita2 aku, aku tetapkan akan laksanakan walaupun aku tahu agak payah. 
Atleast aku dapat tengok mdm.umi tersenyum gembira. Itupun sudah cukup.
Semuanya terletak kat tangan Tuhan. Kun fa ya kun. 
Sedihnya aku...aku takut nak mencuba rupanya.
Sebab takut hasilnya nanti akan menyebabkan mdm.umi akan lebih mengalirkan airmata. 
Sungguh aku tak sanggup. Cukuplah segala kesakitan yang mdm.umi dah lalui. Bukan sedikit tapi terlampau banyak. Dan yang part yang banyak bila saat mdm.umi melangkah ke dalam kehidupan mr.ayah. 
Aku sangatlah tabik dengan mdm.umi. Sangat kuat orangnya. Memang betul tiada siapa yang dapat gantikan tempat ibu. Bila takde mdm.umi aku sendiri akan kucar-kacir. Terima kasih Tuhan sebab anugerahkan aku seorang ummi yang sangat tabah, kuat, sabar dan sanggup melakukan apa sahaja demi anak2nya.
Okey, setakat nie je cerita aku...
Who knows it will be.... (^_^)

MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT