Saturday 19 October 2013

Solving Problem...^^

Entri kali nie mengenai cousin aku yang duduk kat tempat orang tapi pemalu yang amat sangat mengalahkan kami perempuan. Alahai....~_~
Aku sendiri pun kalau kat tempat orang akan bertanya itu ini, tapi nie tidak. Duk tunduk je kepala layan handphone sampai sesat jalan. Hmmmm....speechless..
Macam mana nak selesaikan masalah kalau kita tak bercakap? Susah sangat ke nak buka mulut tue tanya soalan? Tanya soalan perlu guna duit ke? Dan salah ke kalau tanya soalan? Hmmmmm....
Pelik betul lah...Sebab apa? Sebab cousin aku tue 'LELAKI' yea dia lelaki. Hahahahahaha.......
Yang aku kesiankan mak dia hah. Sebab tak tahu nak buat apa kat sini bila dapat tahu yang si anak belum makan lagi dari sepanjang hari. Yea laa, mak mana yang tak risau...
Kesian aku tengok diaorang. Kalau dah tahu tak dapat nak support anak belajar kat sana. Baik tak yah pergi. Kan tak pepasal dah membazir. Belum pun sampai setahun dah suruh balik. Dengan keadaan bapak macam tue. Sedih betul.
Aku rasa teruk Mr.Ayah rupanya ada lagi yang lebih teruk. At least Mr.Ayah tak pernah lepas bagi duit perbelanjaan aku dan adik beradik lain. Even mulut dia bleh, bleh, bleh laa jugak tapi tetap gak bank in.
Walaupun jumlah dia sikit tapi tetap gak bagi. Aku dulu dapat RM150 je sebulan. Just imagine, apa yang dapat aku beli untuk survive selama sebulan? Body care, laundry, makanan skit. Yang lain dah taklah jawapnya. Memang masa tue membantu betul sama ada aku dapat handle ke tidak duit tue. 
Kalau kita dah dapat agak apa yang kita perlu untuk masa depan, baik kita buat pengiraan awal. Supaya tak lari budget. Even sometimes ada laa gak nak merasa itu ini. 
Dan waktu tue jugak aku belajar, brand or price? Quantity or quality? Keperluan ke keinginan? 
Dan rupanya bila kita dah sedar tanggungjawab kita macam tue, kita fikir semua tue dah boleh menampakkan yang kita dah matang untuk menyelesaikan dan mengatasi masalah. 
Seriously, aku yang dulu bukan macam nie. Kalau dulu suka sangat menyakat orang, suka 'prank' kan orang sebab fikir benda macam tue seronok lagipun buat sekali seumur hidup dan kadang2 kita sendiri pandai ketawa bila kita mengenangkan semula tapi sekarang? Aku lebih fikirkan sama ada benda yang aku buat tue lebih kearah kebaikan ke keburukan? Benda yang aku nak buat nanti, apa yang aku dapat? Kalau aku buat, ada effect tak dengan masa depan aku? Dan benda yang aku buat, Mrs.Ayahumi senyum ke tak?
Serta merta soalan macam nie yang muncul. Bukan sebab aku nak perhatian dari diaorang tapi aku fikir siapa yang melalui semua tue nanti. Mesti aku kan? Bukan orang lain. Sebab aku. Dan aku bukanlah jenis yang boleh memaafkan diri aku kalau sesuatu yang buruk terjadi dengan keluarga. Tak lupa jugak, aku nie seorang yang pendendam. Benda yang lama pun aku boleh ingat even dia perkara kecil. Tapi sekali hati aku dah sakit, aku tetap akan ingat. 
Bukan aku nak ingat tapi memori yang menyakitkan hati. Sangatlah sakit sampai nak mengalir airmata pun susah sebab sakit dia kat hati. Bukan kat mata. Dan kat sini pun aku tak dapat nak selesaikan masalah aku.
Forgive and forget? Forgive but not forget? Forget but not forgive? Still tak dapat nak decide.
Maybe forgive and forget dah banyak aku buat tapi aku tak sedar, forgive but not forget? Hmmm...pun sama aku rasalah then forget but not forgive? Nie aku rasa taklah. Macam mana nak forget kalau aku tak forgive? Kan?? Hmmmm...
Berbalik dengan cousin aku tadi. Buat masa nie dia dalam urusan menyelesaikan masalah kolej dia. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar lepas bawa berbincang dengan pihak kolej. Tapi still kena bayar ganti rugi maybe sebab tak sampai setahun kot dia kat sana. Tiket dia aku dah belikan malam tadi tue pun harga pandai berubah. Takpelah janji dia pulang dengan selamat. 
Hari tue, kerja kat Boulevard, kena makan RM700. Sebab? Lambat sangat hantar surat resign. Memandangkan dia adalah fulltimer punya employee, so dia kena penalti lah. Kejam kan?
Dunia sekarang. Manusia memang sanggup buat apa saja semata-mata nak duit dan kekayaan.
Jap? Semua yang berlaku perlu ada sebab ke? Bukan sebab tue hanyalah alasan ke? Hmmm....
Terpulang pada diri kita sendiri. Sama ada alasan tue akan membuatkan kita makin kuat ataupun makin lemah. Contohnya, kita buat alasan semata-mata nak menyelamatkan diri kita dari sesuatu yang kita reka. Dan itu adalah salah. Kadang2 benda yang kita reka, takkan ada penghujungnya. Sampai diri kita sendiri yang menjadi mangsa rekaan kita sendiri. Sama macam pembohongan, Akhirnya diri kita sendiri, tenggelam dalam pembohongan yang kita buat. Semakin lama kita simpan, semakin lama kita tenggelam. Agak2 berapa lama manusia dapat simpan rahsia? Kalau sampai mati pun, roh takkan tenang. Nau'zubillahminzalik...
Hmmm...iklan seketika....
Berbalik dengan cousin aku tadi. Hari nie dia dah kena bertolak ke KLIA, kiranya malam nie dia tidur kat sana laa. Takpe. Dia lelaki. Sebab hari nie jugak pihak kolej mintak dia keluar dari situ. Kesian sungguh.
Tapi nak buat macam mana. Hmmmm....
Sampai kat sini jelah hujah aku kali nie. 
Panjang giler kot katak2 aku kali nie. Hmmm....
Memandangkan entri kali nie adalah mengenai kehidupan dan serta merta aku terus jadi pakar kaunseling.Ecewah...^^
Suka bagi tip percuma..hehehehe...^^
Jangan lupa habluminallah habluminnas.
Buatlah segala-segalanya niat kerana Tuhan dan bersangka baiklah dengan Tuhan. InsyaAllah..
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT