Sunday 27 October 2013

Tired.. ^^

Alhamdulillah, lega jugak dapat tinggalkan rumah setelah berpenat lelah mengemas.
Walaupun hampir 70% barang dibuang tapi tuelah, dah tak ada perasaan lagi nak simpan barang lama.
Penat sangat. Hari tue baru je kemas cantik2 bilik dah tue kena lagi masuk dengan orang 'baik' sangat.
Siap 'tolong kemas' lagi. Hmmmm....kenapalah diaorang boleh buat kerja macam tue tengah malam?
Agak2 ada tak 'benda' tue ikut diaorang lagi? Kalau ikut lagi bagus, biar diaorang rasa bersalah yang amat!
Benci betullah! Jap, memang trademark perompak ke kalau lepas cari barang kena sepahkan? Tak boleh ke cari dengan kemas, tersusun, dan teratur? Bukannya tuan rumah ada dalam rumah pun kan? Why in hurry? 
Uwwwww......there must be something.... ^^
Hahahahahahaha......tau pun rasa takut? Kan? Ada rasa bulu roma meremang tak? Mesti ada kan?
Watpelah nak masuk rumah yang dah tak ada pape? Rumah usang lagi tue. Bukannya ada barang berharga pun. Ntahlah. Automatik jadi speechless nie....hmmmmmmmm...
Agak2 siapa yang berani masuk rumah tue waktu malam? Dahlah kat laluan masuk tue ada pokok kemboja putih. Rumah pulak agak dalam dan sebelah bukit. Hmmmmm......
Even rasa sakit tekak macam nak kembali sebab berkemas dalam asap yang tebal sebab adik aku yang pandai tue siap gi bakar sampah depan rumah dengan belakang rumah. Bila angin melambai2, asap pulak berkumpul dalam rumah. Sabar jelah.
Dahlah assignment untuk slide presentation aku tak buat lagi. My partner dah tanya. Dan memandangkan hari tue dia yang settlekan yang part one so part two aku yang kena habiskan. Takpelah, ada tiga hari lagi.
InsyaAllah sempat. 
Mungkin juga ada hikmahnya kenapa semua nie terjadi. Macam kelakarlah pulak bila ada benda yang hilang tue, aku dan adik beradik yang lain cakap, "baguslah diaorang ambik, bukan boleh buat apa pun."
Sebab dari kejadian nie, kitaorang dapat decide benda apa yang nak terus buang, nak simpan atau terus bawa ke rumah baru, atau nak bagi dengan orang.
Bila aku tengok benda cantik, lagi2 penuh dengan kenangan lama, memang aku tak sanggup nak buang sebab ada sentimental value. Dan bila dah berlaku macam kejadian macam nie, automatik aku terus nak buang sebab buat apa nak simpan hanyalah kerana sentimental value yang dah tak value sangat pun. Dan mulut pun automatik cakap, "nie buang, nie buang, tue buang, yang tue pun buang," walaupun dalam hati ada jugak berkira2 nak simpan ke tidak? Hmmmmm........
Kadang2 menyakitkan jugak bila kita simpan barang lama nie. Sebab yang sama. Kenangan. Kalau kenangan silam buat kita sakit hati buat apa nak simpan walaupun suatu ketika dulu kita pernah sayang barang tue. Hmmmmmm.......
Dan yang paling tak boleh blah, banyak giler aku jumpa buku note 'orang' nie dijadikan diari. Mak aii, bukan satu tapi banyak giler dowh...^^
Alamak! Perut aku lapar dah pulak. Okeylah.
Sampai sini jelah bebelan aku hari nie. Jari pun dah panas nak menaip.
Annyeong, just don't forget bout my word. Habluminnallah and Habluminnas.
Again, bye you'll ^^
MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT