Monday 8 July 2013

Adakah Ia Mempunyai Maksud?? (part 2)

~~~ continued (^_^)~~~~
Kulihat ayah melangkah ingin keluar. Seolah-olah ingin meninggalkan kami semua.
" Abang, halalkan makan minum saya bang. Maafkanlah saya sekiranya saya selama ini dah menyusahkan hidup abang. Abang jangan risau, saya akan jaga anak-anak dengan baik. Saya akan jaga diri saya dengan baik bang. Kalau betul abang nak pergi, pergilah. Saya izinkan. Tapi satu saja permintaan saya bang, sekiranya saya dah tak ada lagi, abang tolonglah jaga anak-anak kita ya bang. Abang janji dulu dengan saya," pinta mama.
"Hmm..yelah..tengoklah macam mana nanti. Dah abang nak pergi dulu." kata papa sambil melangkah.
" Abang, maafkan saya bang," ujar mama sambil menyalam tangan papa. Tapi papa tiada respon. Antara mahu ataupun tidak. Sebak dadaku melihat adegan yang berlaku depan mataku. Mengapa semua ini terjadi? Sampai hati papa buat mama macam ini. Di hadapan kami anak-anaknya.
Tanpa mempedulikan mama, papa melangkah keluar dan semakin menjauh bersama perempuan tersebut. Mama pulak hanya menunduk dan kami tahu mama sedang menahan kesakitan yang amat sangat setelah apa yang papa dah buat tadi.
" Mama.....," panggil kami adik beradik. Mama mengangkat muka. Kulihat muka mama merah. Kutahu mama sangat sedih. Kami semua memeluk mama. Ingin menenangkan mama.
" Mama, kenapa mama biarkan papa pergi dengan perempuan tue?" soal kakakku.
" A'ah, kenapa ma? Kenapa mama tak pertahankan rumahtangga mama?" soal adikku.
" Biii...aarr..kkkaann..ppaa..ppaa..ppeerrr...ggiii. Mmmaaa...mmaaa..dd...aaahhh...ttaakk..tttaaa...hhhaaannn...lllaaa...ggg..ii...," jawap mama dalam sedunya.
Ya Allah, betapa Kau uji keluarga kami begini. Adakah ini ujian untuk menguatkan hati kami untuk menempuh dugaanMu? Kalau begitu, kami redha," bisik hatiku sambil menahan airmata keluar.
Tanpa pengetahuan kami anak-anak, rupanya sudah lama papa dengan perempuan tersebut. Dan kata mama, daripada papa menanggung dosa akibat perbuatan mereka, bagus lagi mereka kahwin.
Aku terkejut. Mama sanggup merahsiakan perkara ini daripada kami. Dengan alasan, kami semua sibuk dengan urusan masing-masing.
"Mama,mama...masih mama yang dulu. Walaupun papa dah buat sebegini teruk pun mama masih lagi menyimpan perasan seorang diri. Patutlah semua adik beradik aku jenis yang suka memendam rasa." bisik hatiku lagi.
Cukuplah dengan apa yang berlaku tadi. Kini kami bergilir-gilir menjaga mama. Takut mama pengsan akibat darah tinggi. Biarlah kami kehilangan papa tapi kami tidak mahu kehilangan mama. Sungguh, aku begitu terkejut dengan insiden yang berlaku tadi.
" Memang lelaki macam nie ke? Tak pandai nak menghargai perasaan perempuan. Bukan sebarang perempuan tapi seorang perempuan yang bergelar 'isteri'. Bukankah wanita yang bergelar isteri dan ibu itu lebih tinggi martabatnya disisi Allah. Kenapa papa sanggup menambah dosa yang sedia ada? Sanggup berkepit dengan perempuan itu. Menunaikan segala kemahuan perempuan itu padahal bukan ada pahala. Pelik betul dengan orang yang bernama lelaki nie."gumam hatiku.


#hanyalahmimpisemata-matadantidakadakenamengenadenganyanghidupataupunyangsudahmati.

MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT