Friday 12 July 2013

Menghitung Hari

Aku kini hanya tinggal menghitung hari sahaja. 
Sedar tak sedar semua akan berlaku seklip mata.
Benar, masa tidak dapat diputarkan. Walaupun diganti dengan nyawa.
Selamat tinggal segala kedukaan.
Aku ingin memulakan kehidupan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, kali ini aku akan lebih berusaha untuk kerja aku.
Mungkin aku jadi begini hanya kerana orang sekeliling aku? Boleh jadi mereka membawa pengaruh kepada aku? Tetapi kenapa aku nak menyalahkan orang dalam situasi ini?
Bukankah ia bermula dengan aku? Entahlah.
Ini mungkin yang dinamakan pendirian dan pegangan hidup. Mungkin pendirian hidup aku tak cukup kuat untuk melawan segala godaan ataupun cubaan yang terjadi hingga aku menyalahkan diaorang?
Mungkin juga aku yang lemah ataupun terlalu baik hati dengan mereka sehingga mereka menyalah tafsirkan segala kebaikan aku? Entahlah. Tapi aku amat yakin, mungkin.
Tapi bukankah mereka juga yang mengajar aku tentang keadaan ini? Hmmm...no comment.
Kiranya seminggu sebelum raya aku akan menjadi busy sebab aku nak mengemas segala barang-barang aku. Nak bagi kat orang baru? Sorry, I buy with my own money so...
Yeah, aku beli kebanyakkan barang aku dengan duit aku sendiri. Bukan company yang tanggung. Kesian kan? Kalau rajin pergi claim dengan bos. Hahahahahahahaha....
Kepada orang baru tue, bila kau nak datang? Aku nak mengajar banyak benda nie dengan kau.
Bukan satu atau dua benda, tapi banyak. Tapi dapat tak masuk kat kepala kau? Entahlah, aku pun tak tahu. Kepala kau bukan kepala aku.
Sedar tak sedar dah masuk hari ketiga berpuasa. Satu malam aku dah tinggal terawih. Sebab aku ada exam kat Kolej. Huwaaaa...Basic Accounting lagi tue.
Malam tadi, hmmm....kes yang paling banggang sekali. Aku memang cukup geram betul lah..
Dahlah budak-budak penuh, ada yang sembahyang main-main. Jap, bukan ke kena utamakan yang dah baligh dulu ke baru lah yang belum baligh? Mana pergi AJK masjid? Benda nie dah ambil peduli apatah lagi dengan benda besar. Sambil sembahyang, budak-budak lelaki boleh pulak main PSP diaorang.
Ya Allah, ini masjid dik oooiii....budak pusat game...
Last-last nak buat sembahyang dengan penuh khusyuk pun jadi penuh marah. Terbantut segala niat nak sembahyang terawih. 
Lagi satu, tengah aku sembahyang, boleh pulak seorang budak lalu, pijak tuala aku dengan kakak aku pakai sujud (sebab tak jumpa sejadah da..) dengan stoking dia..Yaaa...michosooo....
Hahahahahaa....best lagi aku sembahyang kat masjid lama sebelah dengan mega hotel tue. Rasa suasana sembahyang dia dengan penuh aman.
Okeylah dah pukul 4 nie. Aku kena singgah ambik Mamat dulu kat rumah Nek Pi.
Segala apa dah marah-marah dalam blog nie, harap maaflah.
Sebab aku geram. Hehehehehehehehehehehe....
Dahlah aku nak 'chow' dulu...
GTG...

MYDADIE.PROPERTIES.COPYRIGHT